Wednesday, February 23, 2011

KISAH-KISAH ORANG ZUHUD DAN MEREKA YANG MEMBELANJAKAN HARTA DI JALAN ALLAH

Telah dinukilkan dari hadrat Ibnu Abbas radiallahuanhu bahawa satu ketika hadrat Hassan dan Hussain randiallahuanhuma telah jatuh sakit tenat. Hadrat Ali dan Fatimah radiallahuanhuma telah bernazar untuk berpuasa selama 3 hari berturut-turut apabila kedua-dua anak mereka sihat semula. Dengan kurnia Allah mereka pun sembuh dan hadrat Ali dan Fatimah radiallahuanhuma menunaikan nazar mereka. Tetapi mereka tiada apa-apa untuk dimakan samada sewaktu sahur atau semasa berbuka puasa. Tanpa apa-apa mereka mula berpuasa. Hadrat Ali radiallahuanhu pergi ke salah seorang yahudi bernama sya'mun dan berkata, "Jika kamu memberikan bulu untuk dikisar benan dengan upah maka anak Hadrat Muhammad Rasulullah sallahu'alaihiwassalamakan membuat kerja itu." yahudi itu memberi satu bandela bulu dengan upah 3 sa'a jagung. Pada hari pertama puasa mereka hadrat Fatimah radiallahuanha mengisar 1/3 dari bandela bulu itu dan satu sa'a jagung beliau memproses untuk membuat 5 buku roti. Iaitu untuk 5 orang; hadrat Ali, hadrat Fatimah, hadrat Hassan, Hadrat Hussain dan seorang hamba perempuan bernama Fidhdhah. Beliau telah berusah sepanjang hari dalam keadaan puasa. Hadrat Ali radiallahuanhu balik rumah selepas bersolat maghrib secara berjemaah dengan Baginda Rasulullah salallahu'alaihiwassalam. Sopra telah dihamparkan dan makanan telah dihidangkan. Mereka duduk untuk makan. Hadrat Ali radiallahuanhu mengambil satu suap roti ditangannya, tiba-tiba kedengaraan dari luar, "Wahai ahli keluarga Rasulullah salallahualaihiwassalam berilah sesuatu kepada orang miskin ini untuk dimakan. Semoga Allah ta'ala memberikan makanan syurga kepada kamu!" Hadrat Ali radiallahuanhu berhenti dan bermesyuarat dengan Hadrat Fatimah radiallahuanha yang mengesyorkan bahawa sepatutnya semua roti itu diberikan kepada peminta sedekah yang miskin itu dan semua ahli keluarga dalam keadaan lapar. Dalam keadaan itulah kereka mula berpuasa pada hari yang kedua. Sebahagian lagi dari bulu telah dikisar oleh Hadrat Fatimah radiallahuanha satu sa'a lagi jagung diambil sebagai upah dan lima buku roti telah dibuat. Selepas maghrib mereka hendak mula makan roti, maka kedengaran dari luar seorang anak yatim telah meminta makanan. Maka mereka pun memberi kesemua roti itu kepadanya. Hari ketiga mereka berpuasa tanpa apa-apa untuk dimakan sahur. Satu pertiga lagi bulu telah dikisar dan didapati satu sa'a lagi jagung, lima buku roti telah dibuat. Selepas Maghrib apabila mereka hendak makan, mereka terdengar suara seorang banduan meminta makan. Maka hati itu pun memreka memberisemua roti kepada banduan itu. Pada hari keempat mereka tidak lagi berpuasa tetapi tiada juga apa-apa untuk dimakan. Hadrat Ali radiallahuanhu bersama-sama kedua-dua anaknya pergi kepada Rasulullah salallahualaihiwassalam dalam keadaan kelaparan yang tidak terhingga serta lemah badan. Baginda salallahualaihiwassalam bersabda kepadanya,"Dengan melihat keadaan kamu, aku sangat sedih. Marilah kita pergi kepada Fatimah." Ketika mereka sampai, Fatimah radiallahuanha sedang bersolat. Keadaannya sangat lemah, matanya hampir terbenam. Baginda memeluknya lalu berdoa kepada Allah Ta'ala. Maka Hadrat Jibrael alaihissalam datang dengan wahyu,

surah Al-Insan ayat 8;

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا [٧٦:٨]

"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan"

serta tahniah bagi mereka.

Allama Suyyuti rahmatullahalaihi dalam kitabnya Durre Manthur telah menukilkan riwayat Hadrat Ibnu Abbas radiallahuanhuma bahawa ayat ini telah diturunkan sebagai pujian dan tahniah bagi Hadrat Ali dan Hadrat Fatimah radiallahuanhuma.

No comments: