Thursday, August 24, 2017

MAJNUN

Bismillahirahmanirahim,

Majnun...
Bukan  namanya...
Tapi gelaran...
Kerana sifatnya

Sifat cintanya
Lupa diri
Kerana Layla

Kenapa?
Kenapa Majnun?

Di mana saja dilihat Layla
Di setiap kerdipan mata
Layla selalu ada...

Ya..
Layla ada pada pandangan
Layla ada dalam mimpi
Layla sentiasa dalam ingatan

Tapi...
Bukan pada nyata

Bukan.
Bukan..
Bukan...

Bila kan Layla berada disisi?
Bila nisan menjadi tanda
Layla sentiasa berada disisi
Bersama Majnun di alam abadi






Monday, May 29, 2017

ramadhan mubarak

bismillahirahmanirahim.

alhamdulillah kita dipilih utk bertamu lagi di bulan ramadhan 1438 hijrah.
bulan yg mana amala  fardhu pahalanya digandakan 70 kali ganda manakala
amalan sunat diganjari seperti amalan fardhu. mudah2an Allah taala kurnia kita taufik, hidayah dan inayahNya utk kita sempurnakan segala amalan dgn kecintaan kita kpd Allah dan rasulNya. aamiin.

Friday, April 28, 2017

coretan

bismillahirahmanirahim. allahummasalliala saidina muhammad wa ala saidina muhammad.

semuga kita semua di dalam taufik inayah dan hidayah allah subahanawataala. aamiin.

masa berlalu sgt pantas. dari satu jumaat ke satu jumaat rasa mcm sehari. benarlah sabdaan baginda nabi muhammad sallahualaihiwassalam. dunia dah dipenghujungnya.

sekejap lg bln ramadan dah. mudah2an allah taala pilih kita utk bertamu d bln yg penuh keberkataan.

ya allah berilah  kami taufik hidayah dan inayahmu utk mentaati segala printahmu meninggalkan segala laranganmu dgn cara sucimurni baginda muhammad sallahualaihiwassalam. aamiin.

subahanallah alhamdulillah allahuakhbar

lahaulawala quwatailla billahilaliyilazhim

mudah2an allah pilih kita utk jadi pencintanya.

wallahualam.

Tuesday, June 28, 2016

OUT OF SERVICE

bismillah

lama tak menulis sebabnye sy rasa adanye wasap. selalu terima wasap hingga kekadang lupa pekara yg lain. astaghfirullah.

2 mei 2016 keluar 40hari dgn anak sulung yg sdg belajar kelas alim 1. route d sg petani kedah. byk sawah padi kat situ. dlm jemaah ada 6 pelajar madrasah, 1 utznye dan 3 org awam. antara 6 pelajar tu 4 org sudah hafiz alquran. masyallah. keaddan jemaah baik semuanya.

kami mula tashkil d surau bkt lalang. lokasi surau d kelilingi sawah padi. masa tu org baru nak tanam anak padi. hijau pemandangan. jemaah dpt nusrah dr 2 org tempatan dan anak2 sekolah rendah pun ada bersama selama 3 hari d situ. masa d markaz sg petani org tgjwb pesan kena kurang penggunaan air sebab musim kemarau dan ada setengah tpt yg dah d catu air. keadaan panas pun blh tahan. tapi alhamdulillah semasa d situ allah turunkan hujan beberapa hari. jadi tak la panas sgt. alhamdulillah. keadaan amalan surau tak begitu memberangsangkan. tak ramai ahli kariah yg solat berjemaah d surau. ghast n kususi tetap d buat. mudah2an hiduplah amalan masjid nabawi s.a.w. d surau tu.

kedian pegi ke masjid pulau sepom. kat sini semua otai2. imam 1 d beritakan pernah hadir istimak d markaz sg petani. dia juga ada slot ceramah lps maghrib tapi masyallah slotnya d beri pd jemaah utk bayan. mudah2an Allah pilih tn imam tu utk usaha agama. aamiin. kat sini tak de karkun tapi dpt nusrah dr karkun halqah tikam batu-rahman. usaha dakwah jemaah terus d jalankan. mudah2an Allah taala jadikan kami asbab hidayah utk org kg. aamiin.

fuh ada beberapa lagi masjid n surau nak cerita kat blog ni...tapi kesuntukan masa...cuma sy rasa jos sikit lps keluar ni..alhamdulillah.

jadi kalau tn2 nak rasa jos, tn2 keluarlah d jln Allah. in shaa Allah jos la.

wallahualam.

Wednesday, April 29, 2015

Friday, February 20, 2015

kasih sayang Nabi Muhammad salallahu'alaohiwassalam

Bismillahirahmanirahim.

19/2/2015 hari khamis ada perjumpaa ibubapa dgn asatizah2 madrasah miftahul ulum cawangan dengkil selangor.

Majlis sederhana tetapi kemeriahan drasai dgn kehadiran ulamak n ibubapa berserta anak2 kecil

Penuh tpt parking tetapi dgn khimat pelajar2 urusan parking amat memuaskan

bila sampai pelajar2 istiqbal tetamu n d perdilakan dgn jamuan

majlis d mulakan dgn bacaan ayat2 alquran dr surah yusof oleh pelajar

kemudian dteruskan dgn ucapan timbalan mudir madrasah miftahul ulum sri petaling yg d muliakan lagi d kasihi ustaz amir hamzah alhafiz

antara ucapan beliau anak2 d madrasah d didik supaya beri khidmat n beliau mengisahkan bagaimana Abdullah ibnu abbas radiallahu'anhuma walaupun masih kecil beri khidmat pd nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam. Baginda sgt suka pd khidmat beliau lalu mendokan beliau fakih dlm agama. Maka utz ckp byk hadis2 yg driwayatkan oleh Abdullah ibnu abbas radiallahu'anhuma. Sblm beliau meninggal masih ada 1 hadis lagi yg beliau blm sampaikan iaitu lebih kurang maknanya sesiapa yg mengucap laillahailallah maka dia pasti masuk syurga walaupun dia berzina atau mencuri. Lalu sahabat radiallahuanhum bertanya walaupun berzina atau mencuri. Nabi salallahu'alaihiwassalam jwb ya. Tunjuan Abdullah ibnu abbas radiallahu'anhuma menyimpan hadis ini krn kekuatiran beliau akan ada yg hanya berpegang kpd hadis tersebut shj. Tetapi krn tgjwb tabligh maka beliau sampaikan juga.

begitu hebat kalimah laillaha'ilallah ni sehingga syurga ganjarannya

tetapi betapa hebat juga Nabi salallahu'alaihiwassalam menyampaikan kalimah ini kpd kita sbg umatnya

baginda salallahu'alaihiwassalam telah berkorban n bersusah payah malah seluruh keluarga baginda salallahu'alaihiwassalam juga bersusahpayah atas kalimah laillaha'ilallah

inilah kasihsayang seorg nabi terhadap umatnya

mudah2an Allah Ta'ala pilih sy n tuan2 d atas tgjwb menyampaikan kalimah ini

aamiin