1) Ustaz Akashah diminta oleh Syura sambung syor beliau berkaitan karkun 4 bulan, bagaimana untuk lebih menggiatkan penglibatan mereka dalam memenuhi takaza, amal masjid & nisab tahunan masing2 :
- beliau beri syor supaya dari 2,434 orang karkun 4 bulan ini diusahakan supaya minima 50% (i.e. 1,217 orang) dari mereka bergerak “aktif” dalam memenuhi nisab. Beliau merujuk contoh tahun 1984 zaman masjid India dulu jemaah usuli sentiasa bergerak, gunakan orang lama2 untuk jumpa rakan seusaha yang dah lama tidak aktif serta ambil karkuzari setiap 2 minggu , sehingga waktu itu pernah setiap bulan dikeluarkan ~ 13 jemaah. Disyorkan wujudkan 5~6 tempat/mohalah apabila akan keluar 3 hari bulanan dengan amal bayan+tasykil+iktikaf+bayan suboh+bayan hidayat tanpa perlu ke markas pada minggu tersebut. Dengan cara ini beberapa halaqah boleh berkumpul lantas memberi semangat kepada rakan seusaha yang sudah lama tidak aktif. Lebih2 lagi kini isu parkir di markas yang meruncing, maka minggu tersebut boleh memudahkan isu tersebut. Sekali lagi ustaz syorkan kerja usuli amat perlu dipergiatkan semula.
-Syura berkata: usaha menggiatkan karkun 4 bulan bermula sebenarnya di mohalah i.e. buat kerja usuli peringkat mohalah, jika tidak mampu bawa peringkat halaqah, dan seterusnya ke perhatian markas jika masih tidak mampu. Kita perlu ikut keperluan masa kini. Beberapa tempat seperti BNO yang dulunya boleh dijadikan tempat berhimpun untuk keluar jemaah 3 hari bulanan telahpun berhenti bukan atas arahan syura malah kehendak tempat masing2 memandangkan kemudahan perjalanan ke markas untuk keluar 3 hari telah banyak improvement.
-Syura juga menegaskan: semasa dalam program mesyuarat halaqah mingguan boleh diadakan bayan+tasykil namun pastikan intipatinya adalah bermesyuarat akan lebih ramai hadir bukan kehadiran ramai semata2 untuk dengar bayan dan sewaktu mesyuarat kurang kehadiran pula. Semua halaqah boleh buat bayan+tasykil.
-Syura juga melaporkan bahawa foreign jamat yang pernah keluar di Malaysia sering memberi laporan positif kepada kami dan Nizamuddin maklum perkara ini. Karkun tempatan telah/akan guna jemaah luarnegara dengan bijak dalam kerja2 dakwah tempatan mereka termasuklah dalam kerja usuli.
-Statistik dari jemaah tasykil: Dari seramai 4,947 orang karkun 40 hari pula , terdapat 1,032 orang yang istiqomah manjaga nisab tahunan mereka.
2) Jor Halaqah: Pastikan semua karkun ambil bahagian dan sila jumpa mereka2 yang tidak berkesempatan lalu mengambil azam mereka dalam menyempurnakan nisab tahunan. Masukkan nama2 mereka ke dalam jemaah yang telah dibentuk pada bulan2 tertentu yang mereka nyatakan kesediaan.
-Menurut Syura beberapa Negara di Eropah juga telah wujudkan system halaqah eg: Jerman malah ada yang meminta ulama Nizamuddin supaya boleh diadakan mesyuarat mingguan sebanyak 3 kali!!
-Syura seterusnya berpesan supaya kita hendaklah buat usaha dengan cara sempurna agar mendapat nusrah sempurna dari Allah swt. Eg: Seorang bertanya dan memberitahu masalah beliau kepada Maulana Umar Palanpuri setelah lama bernikah belum dapat anak!! Penjelasan lucu....tapi bernas.......purposely avoid writing the sensitive statement............sila rujuk secara personel. TK.
-Pesanan Syura: Apa maksud buat secara sempurna? Pastikan jemaah kita tidak bercampur mohalah lain, dengar bayan hidayat secara sempurna ditempat yang diputuskan, lakukan wapsi, adakan karkuzari (boleh bila2 masa selepas selesai 3 hari).
-Soalan dari Ustaz: Berapa ramaikah karkun yang dapat keluar nisab 4 bulan setiap tahun? Jawapan: ~ 160 orang i.e. < 10%
-Urusan melakukan Jor bagi yang belum: Pihak markas akan hantar jika perlu ke halaqah beberapa orang tanggungjawab untuk membantu perlaksaan Jor tersebut.
3) Mesyuarat Malaysia: Akan diadakan pada 4-6 Februari 2011. Beberapa halaqah menyatakan kesanggupan bagi khidmat hidangan pada hari Jumaat+Sabtu, kini para pelajar madrasah tidak dapat membantu kerana terlibat dalam musim peperiksaan.
4) Pesanan penting dari Maulana Abd Hamid Mudir Madrasah: Isu membawa anak2 kecil ke markas - sayugia diingatkan bahawa terdapat kejadian anak2 yang tidak boleh dikawal dan juga isu kencing malam sehingga mengakibatkan najis tersebar di kawasan masjid!! Beliau mohon diambil faham akan perkara ini.............muga usaha tuan menjadikan zuriat kita sebagai pejuang agama di terima Allah swt. Amin.
5) Pengeluaran jemaah masturat musim cuti raya Cina: 30 jemaah telah dibentuk.
Bayan hidayat di rumah: Hj. Rashid Seri Petaling
Waktu: 9.00 pagi
Alamat: No. 64, Jalan 7, Bandar Baru Seri Petaling, Sg. Besi, KL.
6) Mesyuarat ditamatkan dengan pembahagian tugasan khidmat markas dan halaqah Sepang tiada tanggungjawab minggu ini.
Sekian, catatan ringkas dari saya. Mohon rujuk yang lebih arif jika didapati ada yang kurang jelas. Segala saranan tuan amat dialu2kan. Harap dapat disampaikan kepada rakan2 seusaha yang lain.
No comments:
Post a Comment