Thursday, April 28, 2011

KEHEBATAN CINTA

Salam,

Hadrat Isa alaihissalam semasa berjalan melalui satu kumpulan yang terdiri dari orang2 yang terlalu lemah dan wajah mereka pucat. Baginda bertanya kepada mereka, "Bagaimanakah kamu boleh menjadi begini?". Mereka menjawab, "Takutkan pada nerakajahanam menjadikan kami begini." Beliau menjawab bahawa Allah ta'ala mengambil tanggungjawab untuk menyelamatkan mereka yang takut kepada jahanam.

Dalam perjalanan itu di tempat yang lain beliau jumpa beberapa orang lagi dalam keadaan yang lebih teruk berbanding dengan kumpulan sebelumnya. Mereka terlalu lemah dan wajah mereka mencerminkan kegelisahan yang amat sangat. Hadrat Isa alaihisalam bertanya, "Apa sudah berlaku pada kamu?" Mereka menjawab,"Keghairahan untuk syurga serta cinta padanya menjadikan kami begini." Hadrat Isa alaihissalam beritahu mereka,"Allah ta'ala mengambil tanggungjawab untuk menyempurnakan cita-cita kamu, kurniakan kepada kamu apa yang kamu cinta itu."

Berjalan lagi, baginda jumpa satu lagi kumpulan yang lebih dhaif dari yang terdahulu, tetapi wajah mereka bercahaya sehingga berkilat seperti cermin. Beliau bertanya soalan sama kepada mereka. Mereka menjawab bahawa cinta kepada Allah ta'ala menjadikan mereka sedemikian. hadrat Isa alaihissalam berkata,"Kamulah yang hampir, Kamulah yang hampir, Kamulah yang hampir" tiga kali beliau mengucapkan perkataan itu.