Wednesday, March 10, 2010

USAHA MASTURA (WANITA)

Assalamu'alaikum,

Insyallah, setelah lebih 40hari ahlia sy melahirkan muhammad yusuf, jemaah 3 hari mastura akan bertandang ke rumah sy. sy amat terharu apabila membaca kisah2 wanita soleh dalam blog  http://umi-ali-surahsirahsarirah.blogspot.com/. macamana pengorbanan fatimah radiallahuanha, siti hajar, macamana kesukaan siti sarah memasak makanan utk tetamu sehinggakan malaikat menjadi tetamu utk menyampaikan berita bahawa siti sarah akan mendapat anak yg alim pulak tu..seingat sy menyebabkan dia tertawa (dlm bahasa arab "ad-hak") oleh krn itulah diberi nama Ishak alaihissalam.

sy amat terkesan dgn kisah2 tersebut. jadi bersemangat nak terima jemaah. mcm elders cakap wanita dan anak2 ni 2/3 dari umat. jika tak buat usaha terhadap ("di atas" cuba elak pakai utk masturat) maka kita telah meninggalkan 2/3 dari umat ini. jadi usaha terhadap wanita dan kanak2 sgt penting sama spt kaum lelaki. sy teringat satu ayat quran berkenaan mereka yg menyediakan rumah utk jemaah mastura iaitu surah al-anfal ayat 74, "Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia."

Mudah2an dgn sedikit pengorbanan kita Allah jadikan asbab kejayaan dunia dan akhirat.

Wallahu'alam bi sawab.