Monday, August 4, 2008

Bismillah enam



Assalalmualaikum semua,





Hari ini saya terbaca satu email yang saya rasa baik untuk dikongsikan bersama. Email tersebut berkenaan Bismillah 6.



Antara kelebihan2 bismillah 6 ini adalah spt berikut:

1. Makbul segala hajat dan cita-cita.
2. Luas rezkinya.
3. Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
4. Menang dalam peperangan.
5. Penerang hati.
6. Dijauhkan dari segala penyakit.
7. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
8. Dibaca ditempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
9. Dibaca dimalam Jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
10. Aman daripada binatang2 buas.
11. Air laut menjadi tawar.
12. Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
13. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
14. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
15. Terselamat dari karam dilaut.
16. Jika dibaca pada minyak malam Jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
17. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
18. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insya'Allah lari iblisnya.

Banyakkan fadilat bismillah 6 ni. Mudah2an kita dapat amal dan sampaikan.

Wassaalam.

Thursday, February 28, 2008

SEKAPUR SIRIH

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

Saya berharap blog saya ini dapat memberi sedikit-sebanyak manafaat kepada sesiapa yang melayarinya. Buat masa ini saya masih lagi baru dalam blogger ini. Insyallah, saya akan belajar untuk memperkemaskan blog saya ini dari masa ke semasa. Saya juga berharap, sumbangan dari pelayar-pelayar internet agar menyumbang bahan-bahan yang dapat mendatangkan manafaat kepada semua. Pekara-pekara yang boleh merosakkan aqidah terutamanya kepada yang beragama islam adalah dilarang sama sekali.

Saya berharap agar semua yang melayari blog saya ini akan mendapat sumber-sumber untuk dijadikan asas kepada insan yang berjaya.

Wassalam.