Monday, October 24, 2011

AL-QURAN MERUNGKAI CARA MENGESAN PEMBOHONGAN

Subhanallah, sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya ungkapkan selepas mendapat tahu hal ini. Siapa sangka pada waktu seribu tahun++ dahulu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagiamana mengesan pembohongan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum saya paparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai fMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah fMRI.

Ujikaji Ke atas Ubun-Ubun Otak Manusia.

Fakta mengesahkan, dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif. Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

Ubun-ubun yang Menipu Menurut Al-Quran

Sekarang adalah masanya untuk saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan hal ini.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti(berbuat demikian)
Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya
(iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, saya mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang saya paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir(ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman. Insya Allah

Dari Pemerhatian, Pandangan Serta Kajian
Muhammad Hidayat Bin Kadersa Merican

Sunday, October 23, 2011

JEMAAH LELAKI BERSAMA MASTURA MALAYSIA KE KUWAIT

Bismillahirahmanirahim,

assalamu'alaikum,

semalam sy dan keluarga gi nusrah jemaah lelaki bersama mastura yg nak ke kuwait...dlm jemaah ni ada karkun dr marhala sy...jadi kuatlah nak nusrah...ahlia duduk program, sy pulak duduk dlm amal masjid....dlm jemaah tu ada dr melaka, pahang dan johor...5 pasang semuanya...masyallah...

masa takrir dan bayan d surau ramai juga org awam duduk...mungkin kesan karkun tempatan yg umumiatkan usaha...dengar karkuzari mesyuarat harian pun org awam duduk sekali...masyallah...mudah2an Allah terima pengorbanan karkun2...

bukan senang nak ikram org awam lebih2 lagi yg dah ahli surau...dlm minda dah ada mcm2 pandangan...kena byk khidmat mcm karkun tptn surau tersebut...

elders cakap selalunya anak lebih sayang emak dari bapak....sebabnya emak byk khidmat dari bapak...jadi bila nak wujudkan kasih-sayang salah-satu kaedah yg ampuh ialah banyakkan khidmat...

bila banyak khidmat, kasih-sayang akan wujud....satu hati pun akan wujud dengan izin Allah...kalau kasih-sayang belum wujud lagi, khidmat khidmat lagi sebab yg utama kita khidmat ialah utk dpt Allah...dan bak kata utz, kitalah yg perlu pada khidmat dan Allah ta'ala boleh pilih sesiapa utk khidmat atas agama...dan beruntunglah org yg Allah pilih utk khidmat atas agamaNya...

mudah2an Allah ta'ala pilih kita utk khidmat atas agamanya....amin

wallahu'alam...