Monday, June 6, 2011

NASIHAT RASULULLAH SALALLAHU'ALAIHIWASSALAM KEPADA MUAZ RADIALLAHU'ANHUM

Hadrat Muaz radiallahu'anhum berkata, Ya Rasulullah, silalah beri saya sedikit nasihat." Baginda bersabda, "Beribadatlah kepada Allah dengan perasaan seolah-olah kamu melihatNya di hadapanmu. Dan sentiasa bilanglah dirimu sendiri di kalangan orang-orang yang sudah mati. Ingatlah Allah Ta'ala pada setiap batu dan pokok(supaya terdapat ramai saksi mengenai amalan zikir kamu pada hari kiamat). Bila sahaja berlaku amalan dosa buatlah amalan baik juga sebagai gantirugi; jika dosa itu dilakukan secara senyap maka amalan baik sebagai penampung juga harus dilakukan secara diam-diam. Jika dosa dilakukan secara terang-terangan maka taubatnya serta penampungangnya pun mesti dilakukan secara terang-terangan."