Tuesday, January 11, 2011

USAHA TABLIGH USAHA UNTUK SATUKAN UMAT

salam,

semlm alhamdulillah allah ta'ala pilih sy buat ghast dan jadi mutakalim....tertib buat ghast kena ada 2 jemaah, satu dlm masjid satu lagi diluar masjid...kedua2 sama penting...sy dtg lewat skit lebih kurang 6.20ptg...maghrib tak silap 7.26mlm...karkun ada 4 org...tapi tak leh buat ghast lagi sebab salah seorg dri kami ni ada atuk....dia ckp kat sy dia malu nak kluar...jadi sy beritau takpe kalau camtu duduk dlm aje..sorg lagi baca mutakhab hadis dia kata amal kluarga dia....masyhallah masalah....jadi dlm hati cakap tunggu je amirsab dtg...so lebih kurang 6.30ptg amirsab sampai duduk kejap pastu ajak kluar adap ghast amal aje....kat luar surau putus mutakalim, rahaba dan zumidar ghast..pastu doa...buat ghast jln seroja 22...

mula2 jumpa abg atas motor ngan anak dia dan beberapa org suri rumah just salam aje pastu jumpa 2 org adik beradik kat luar gak...adik dia dtg dari klang....dakwah skit pastu ajak dtg surau...mrk kata insyallah...pastu gi rumah lain tapi tuan2 rumah tak balik lagi...

so sambung jln seroja 20....ah ni jln rumah lama yg sy sewa...jumpa 2 org adik-beradik umur dl 11-13thn tgh main badminton...ajak mrk dtg surau lepas beritau keje dakwah ni keje nabi..lepas nabi muhammad salallahu'alaihiwassalam tak de nabi lagi allah hantar...jadi tgjwb kita kena sambung keje nabi ni....mrk pun kata insyallah...pastu jumpa penyewa rumah sewa lama sy dgn 2org kwnnya...tengah sembang...minta masa skit dr mrk pastu beritau mereka keje dakwah ni keje kita...dakwah pastu ajak pi surau....mrk kata insyallah...jadi dah dekat jam 7.15mlm dah so zumidar pun tangguhkan ghast...sesampai kat surau alhamdulillah dah ramai duduk takrir....amirsab putus bayan pastu azan...

bayan utz bagi....utz bayan pasal ayat surah fussilat ayat 30-33:

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ [٤١:٣٠

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."

نَحْنُ أَوْلِيَاؤُكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَفِي الْآخِرَةِ ۖ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ [٤١:٣١

"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya."

نُزُلًا مِّنْ غَفُورٍ رَّحِيمٍ [نُزُلًا مِّنْ غَفُورٍ رَّحِيمٍ [٤١:٣٢

"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ [٤١:٣٣

"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"

...masyallah....apa nak cakap lagi...pastu sy bangun beri azam 4bulan januari ni....mudah2an allah ta'ala qabulkan amin....

wallahu'alam

No comments: