Sunday, May 30, 2010

BAYAN TARGHIB MAULANA SHAUKAT 26/5/2010 MASJID SRI PETALING

Assalamu'alaikum,

Setelah mlm rabu istiqbal jemaah elders nizamuddin, mlm khamis pula maulana shaukat bayan targhib di markaz sri petaling.

Antara bayan maulana ialah kita kena ikut pengorbanan nabi muhammad salallahu'alaihiwassalam dan sahabat2 nya radiallahuanhum.

Satu hari, hadrat abu hurairah radiallahu'anhu lihat nabi muhammad salallahu'alaihiwassalam solat secara duduk. Beliau tanya nabi kenapa solat duduk. Nabi cakap dia lapar tak makan. Abu hurairah bila dengar nabi terpaksa solat duduk krn lapar dia pun menangis menjerit2 krn sgt kesian melihat kekasih allah.

Sahabat2 semua ikut nabi. Mrk telah buat pengorbanan walaupun tidak ada apa2 mkn dirumah mrk.

Zaman abu bakar radiallahu'anhu. Sahabat2 keluar 6bln dan 6bln kat mahala mrk. Zaman umar radiallahu'anhu. sahabat keluar 4bln dan 8bln lagi dimahala. Mrk keluar d jln allah dan mrk buat usaha tempatan/makami. Hasilnya Allah ta'ala telah sempurnakan iman mrk dan solat/amal jadi penyelesaian masalah mrk.

Hari ini jika kita buat pengorbanan spt sahabat2 radiallahu'anhum Allah akan sempurnakan iman dan amal kita spt sahabat radiallahu'anhum.

Mrk yg kerja utk menghidupkan agamall Allah, Allah akan ampunkan dosa mrk melalui setiap peluh yg dikeluarkan. Satu tgn mrk bawa keberkatan rezeki dan satu tgn mrk bawa keampunan Allah ta'ala.

Sgt penting utk kita hidupkan setiap rumah Allah dgn 5 amal. Krn Allah ta'ala akan turunkan keberkatan dan rahmatNya di baitullah dan dr baitullah keberkatan dan rahmat ini akan pergi ke rumah2 Allah yg ada 5 amal masjid ini. Apa 5 amal masjid itu-mesyt harian, 2 taklim, beri masa 2jam 30minit utk dakwah, 2 ghast/ziarah dan keluar jln Allah 3hari sebulan.

Jadi rumah Allah yg ada 5 amal ni akan dpt keberkatan dan rahmat ini. Jadi mrk yg berkunjung kerumah Allah yg ada 5 amal ni akan bawa balik keberkatan dan rahmat Allah ke rumah2 mrk. Ahli2 rumah mrk akan mendpt keberkatan dan rahmat Allah ta'ala. Dan rumah yg hidup taklim pun akan dpt keberkatan dan rahmat Allah ta'ala ini.

Byk lagi yg d targhib oleh maulana tapi itu ajek yg dpt sy typekan dgn hp ni..

Yg penting Allah ta'ala kurnia kita taufik & hidayat utk kita amal dan sampaikan.

Wallahu'alam.

Tuesday, May 25, 2010

KETIBAAN ELDERS NIZAMUDDIN & KAKRAIL

Assalamu'alaikum,

semlm tibanya rombongan elders dari bangladesh dan nizamuddin, masing2 pagi dan mlm...

alhamdulillah...jemaah dpt disambut dgn jayanya...

mlm ni-rabu 26/5/2010 semua karkun dijemput utk hadir majlis targhib dari maulana shaukat lepas maghrib di masjid bandar baru sri petaling.

mudah2an kita dapat amal dan sampaikan apa yg ditarghib.

wallahu'alam.

Sunday, May 23, 2010

JOR SEPANG 23/5/2010

Assalamu'alaikum,

Semalam ada jor sepang di surau al-falah, bandar baru salak tinggi. Kehadiran lebih kurang 100 org. Alhamdulillah. Tujuan diadakan jor ni utk keluarkan jemaah 4bulan/40hari dari sepang. Ada beberapa halqah dibentuk semamsa tashkil dibuat. Mudah2an Allah ta'ala pilih dan mudahkan semua yg bagi azam cash dan tak cash...amin...

sy ingin memetik apa yg telah dibayankan oleh ahli jemaah iaitu abg bakar mansor...beliau beritau betapa maha hebat dan besarnya Allah ta'ala..kemudian betapa pentingnya buat mujahadah dlm usaha atas iman...sebab masalah kita ialah kelemahan iman...di antara kita ada ilmu tapi ilmu tanpa kekuatan iman kita tak dapat taufik utk amalkan ilmu...beliau kata bukan tak blh tuntut ilmu, tuntutlah ilmu...tetapi utk ilmu itu berkesan kpd kita ilmu itu sendiri bergantung kpd kekuatan iman dan iman dpt dibentuk dan dikuatkan hanya dgn mujahadah usaha atas iman...

beliau cakap 11thn selepas kenabian nabi Muhamnad salallahua'alihiwassalam baru dpt perintah solat...perintah solat pulak tu nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam kena mi'raj dan menghadap Allah ta'ala. Maksudnya, setelah 11thn usaha mujahadah atas iman dilaksanakan barulah perintah solat datang...dan solat tu mi'raj org yg beriman...sahabat radiallahu'anhum selesaikan masalah mrk dgn solat...beliau cakap hari ni kerana kelemahan iman solat kita tak dpt bantu utk selesaikan masalah kita sebab dlm hati kita ada berkilo2 makhluk bukannya yakin kpd Allah ta'ala iaitu semasa solah kita dlm keadaaan melihat Allah ta'ala atau sekurang2nya kita rasa Alllah ta'ala melihat kita...

jadi utk buangkan kebesaran makhluk dlm hati kita, kita kena buat usaha mujahadah nafsu iaitu usaha atas iman iaitu jadikan Allah ta'ala sebagai rab kita....Allah ta'ala lah hanyasenya tempat pergantungan kita...bukan duit, kuasa, pangkat atau selain Allah ta'ala (ghairulllah)...

beliau jugak beritau...Allah ta'ala bertindak atas apa yg kita sangkakan...hari ini bila dgr bom semua takut dan org islam pun dihancurkan dgn bom dibeberapa buah negara sebab dlm hati ada kebesaran bom bukan kebesaran Allah ta'ala jadi musnahlah mrk atas sangkaan mrk dgn Allah ta'ala izinkan bom tu utk meletup dan memusnahkan... sebaliknya sahabat radiallahu'anhum blh lintas diatas sungai sebab mereka yakin bukan air yg menenggelamkan...air tak da kuasa utk menenggelamkan, Allah lah yg menenggelamkan...

jadi utk itu jemaah2 kena dibentuk utk usaha atas iman kita di segenap penjuru alam...supaya sangkaan kita betul iaitu Allah Maha berkuasa, makhluk langsung tak dak kuasa-"LA ILA HA ILALLAH"....dan tashkil (ajakan) dibuat supaya kita keluar jalan Allah...

Mudah2an Allah ta'ala pilih kita utk terjun dlm usaha atas iman ini....amin..

wallahu'alam.

Thursday, May 13, 2010

ISTIMAK ZON TENGAH 11, 12, DAN 13 JUN 2010

Assalamu'alaikum,

Semua umat islam (lelaki sahaja) dijemput untuk menghadiri istimak zon tengah pada 11, 12 dan 13 Jun 2010 bertempat di masjid bandar baru sri petaling. antara agendanya ialah bagaimana setiap individu muslim dapat menyempurnakan agama dalam diri dan buat usaha untuk menyempurnakan agama dalam diri.
 
Confius ke?

1. sempurnakan agama dalam diri
2. buat usaha sempurnakan agama dlm diri

sebabnya agama dah sempurna tapi sudahkah agama dalam diri saya sempurna? persoalannya dah sempurna ke belum agama dalam diri saya...jadi macamana nak sempurnakan agama dalam diri saya? jawapannya saya kena buat usaha untuk sempurnakan agama dalam diri saya..

jadi supaya tak fening, marilah datang ke istimak pada 11, 12 dan 13 Jun 2010 di masjid bandar baru sri petaling, kuala lumpur. di akhir istimak ada jemaah dibentuk untuk usaha sempurnakan agama dalam diri jadi ikutlah jemaah tersebut...mudah2an Allah ta'ala pilih saya utk bersama jemaah tersebut. Amin!

Wallahu'alam