Sunday, May 23, 2010

JOR SEPANG 23/5/2010

Assalamu'alaikum,

Semalam ada jor sepang di surau al-falah, bandar baru salak tinggi. Kehadiran lebih kurang 100 org. Alhamdulillah. Tujuan diadakan jor ni utk keluarkan jemaah 4bulan/40hari dari sepang. Ada beberapa halqah dibentuk semamsa tashkil dibuat. Mudah2an Allah ta'ala pilih dan mudahkan semua yg bagi azam cash dan tak cash...amin...

sy ingin memetik apa yg telah dibayankan oleh ahli jemaah iaitu abg bakar mansor...beliau beritau betapa maha hebat dan besarnya Allah ta'ala..kemudian betapa pentingnya buat mujahadah dlm usaha atas iman...sebab masalah kita ialah kelemahan iman...di antara kita ada ilmu tapi ilmu tanpa kekuatan iman kita tak dapat taufik utk amalkan ilmu...beliau kata bukan tak blh tuntut ilmu, tuntutlah ilmu...tetapi utk ilmu itu berkesan kpd kita ilmu itu sendiri bergantung kpd kekuatan iman dan iman dpt dibentuk dan dikuatkan hanya dgn mujahadah usaha atas iman...

beliau cakap 11thn selepas kenabian nabi Muhamnad salallahua'alihiwassalam baru dpt perintah solat...perintah solat pulak tu nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam kena mi'raj dan menghadap Allah ta'ala. Maksudnya, setelah 11thn usaha mujahadah atas iman dilaksanakan barulah perintah solat datang...dan solat tu mi'raj org yg beriman...sahabat radiallahu'anhum selesaikan masalah mrk dgn solat...beliau cakap hari ni kerana kelemahan iman solat kita tak dpt bantu utk selesaikan masalah kita sebab dlm hati kita ada berkilo2 makhluk bukannya yakin kpd Allah ta'ala iaitu semasa solah kita dlm keadaaan melihat Allah ta'ala atau sekurang2nya kita rasa Alllah ta'ala melihat kita...

jadi utk buangkan kebesaran makhluk dlm hati kita, kita kena buat usaha mujahadah nafsu iaitu usaha atas iman iaitu jadikan Allah ta'ala sebagai rab kita....Allah ta'ala lah hanyasenya tempat pergantungan kita...bukan duit, kuasa, pangkat atau selain Allah ta'ala (ghairulllah)...

beliau jugak beritau...Allah ta'ala bertindak atas apa yg kita sangkakan...hari ini bila dgr bom semua takut dan org islam pun dihancurkan dgn bom dibeberapa buah negara sebab dlm hati ada kebesaran bom bukan kebesaran Allah ta'ala jadi musnahlah mrk atas sangkaan mrk dgn Allah ta'ala izinkan bom tu utk meletup dan memusnahkan... sebaliknya sahabat radiallahu'anhum blh lintas diatas sungai sebab mereka yakin bukan air yg menenggelamkan...air tak da kuasa utk menenggelamkan, Allah lah yg menenggelamkan...

jadi utk itu jemaah2 kena dibentuk utk usaha atas iman kita di segenap penjuru alam...supaya sangkaan kita betul iaitu Allah Maha berkuasa, makhluk langsung tak dak kuasa-"LA ILA HA ILALLAH"....dan tashkil (ajakan) dibuat supaya kita keluar jalan Allah...

Mudah2an Allah ta'ala pilih kita utk terjun dlm usaha atas iman ini....amin..

wallahu'alam.

No comments: