Wednesday, April 21, 2010

JATI DIRI

Assalamu'alaikum,

Hari ni sy nak penakan perbualan sy bersama sahabat sy hasanullah bai semasa sy bersarapan bersama beliau dan hj bakri. hasanullah da isterinya adalah rahba jemaah kami semasa keluar 40hari masturat di hyderabad 2005.

Apa dia katakan?...iaitu beliau berkata... kita bila pergi ke rom (merujuk kpd barat) kita akan ubah cara kehidupan kita kepada cara org rom....tetapi sahabat radiallahu'anhuma tidak begitu...mrklah yg merubah suasana kepada kehidupan agama islam iaitu kehidupan suci murni Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam..

Ini satu pekara yg amat bernilai kpd sy hari ini...itu sebab tajuk yg sy nak perkatakan ialah jati diri...perkataan jati pd sy membawa maksud keras/padu/kuat/kukuh...spt kayu jati...kalau kayu jati ketuk kat kepala...kepala boleh benjol...atau jati boleh membawa maksud asli...atau apa2 maksud yg ada dlm kamus....

sahabat radiallahu'anhum adalah contoh utk umat akhir zaman ni sampailah bumi ni hancur sehingga tak de debu lagi...maknanya tiada lagi contoh2 manusia yg baik yg Allah berikan kpd kita dari kalangan umat ini selain sahabat radiallahu'anhum. sahabat radiallahu'anhum adalah manusia biasa spt kita dan juga utk keturunanan manusia yg mendatang....mrk lapar kalau tak makan, sakit kalau dipukul, ada perasaan kasih kepada anak2/isteri, iaitu samalah spt kita...

tetapi mrk telah menyempurnakan nyawa mrk di dunia ini mengikut kehendak Allah ta'ala dgn cara Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam..mrk mati/syahid dgn kehendak2 mrk yg tak tertunai di dlm hati2 mrk....krn mrk lebih mengutamakan kehendak Allah ta'ala dan RasulNya lebih dr keinginan2 mrk...

hasilnya....spt ayat al-quran surah at-taubah ayat 100: " Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk islam) di antara orang-orang muhajirin dan ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar."

jadi bila sahabat radiallahu'anhum pergi ke china seluruh china masuk islam, bila sahabat pergi afrika seluruh afrika masuk islam...sehingga 2/3 dunia dibeh tapak kaki sahabat radiallahu'anhum...org kibti mengaku mrk arab dan tukar bahasa mrk ke bahasa arab, org sudan mengaku mrk arab dan tukar bahasa mrk ke bahasa arab, begitu juga spy dari rom...bila mrk lihat kehidupan sahabat radiallahu'anhum, mrk isytihar..inilah kehidupan yg kami cari selama ini, mrk tinggalkan mahligai2 mrk yg ada tmn dan pancuran2 air, kuda2 mrk yg berpelana dan baju2 mrk yg diperbuat dari sutera utk jadi mcm sahabat radiallahu'anhum yg kongsi satu mangkuk susu dgn 70 sahabat yg lain dan mrk tidak ada apa2 kecuali Allah...

bak kata hj asrar masa masa bayan kat mkz batu pahat jln lim pon...satu sahabat yg miskin tiada pakaian, hanya sehelai kain menutupi aurat telah diperintah oleh Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam utk turun dlm khandak buat security...pd mlm tu cuaca amat sejuk dan gelap, sehinggakan kalau tangan diletakkan di hadapan mata pun tak nampak, angin pulak bertiup begitu kuat sehinggakan batu yg berterbangan boleh memutuskan tali2 khemah...oleh krn ketaatan dia, dia telah masuk kedalam khandak..dan beliau berkata, "sekiranya maharaja rom dan parsi tau betapa tenangnya aku didalam khandak ini, nescaya mrk akan cabut nyawaku..."

hasil pengorbanan mrk metaati Allah dan RasulNya, Allah ta'ala telah kurnaikan kpd sahabat radiallahu'anhum kejayaan iaitu kehidupan syurga di dunia lagi.....mrk tak perlukan kekayaan krn Allah ta'ala telah kurniakan mrk kekayaan hati, mrk tak perlukan penghormatan/pangkat sebab cukuplah Allah redha ke atas mrk dan mrk amat menyintai maut melebihi org rom mencintai arak krn mrk amat merindui Allah dan RasulNya...mrk bukan nabi tetapi kisah mrk Allah ta'ala telah khabarkan dlm kitab2Nya kpd umat2 yg terdahulu....krn mrk menyintai Allah dan RasulNya melebihi diri mrk sendiri...

walaupun ribuan tahun kisah2 mrk telah berlalu, namun kisah2 hidup mrk amat menyentuh perasaan dgn hanya membaca atau mendengar kisah2 kehidupan mrk...

begitulah jati diri yg perlu sy dan tuan2 usahakan....iaitu dgn mendakwahkan kalimah Allah keseluruh alam dgn cara nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam...begitulah juga yg telah sahabat radiallahu'anhum usahakan sebagai pedoman kita utk berjaya di dunia dan akhirat...

mudah2an Allah ta'ala kurnia kita taufik dan hidayat utk kita mengikuti sahabat radiallahu'anhum...amin

wallahu'alam....

No comments: