Friday, July 22, 2011

ANAK SEORANG KARKUN

Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang
karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat
kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan
kita bersama sementara masih hidup.

Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di
Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga
ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar.
Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian
tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala
ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur
23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu teknik.
Sejak kematian ibu ayahlah yang menjaga dan mendidik kami dengan penuh
kasih sayang.

Walaupun hanya bergantung kepada pencen ibu yang diterima setiap bulan
dan pendapatan ayah yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak seberapa
tapi kehidupan kami tetap bermakna. Ayahlah satu-satunya yang kami ada.
Walaupun kehidupan kami tidak mewah tetapi dengan apa yang ada kami
tetap bersyukur dan ayah masih lagi mampu untuk menyara kami sekeluarga
sehinggalah saya dapat belajar di intitusi pengajian tinggi awam.

Ayah telah memberikan kami didikan agama yang cukup sempurna sejak dari
kecil lagi. Setiap kali selesai solat maghrib kami akan membaca taklim
(Hadis) dirumah sementara menunggu waktu isyak. Semua ini adalah hasil
didikan ayah sejak kecil lagi kepada kami adik-beradik hingga kini dan
tidak pernah kami tinggalkan.

Walaupun ayah selalu keluar ke jalan ALLAH 3 hari setiap bulan dan 40
hari setiap tahun iaitu selepas raya aidilfitri atau hujung tahun tetapi
tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga tidak pernah ayah abaikan.
Walaupun seringkali meninggalkan kami sendirian tetapi kami tetap redha
kerana kami tahu ayah menjalankan tanggungjawabnya kepada agama dan
masyarakat. Kami percaya yang ALLAH akan membela dan memelihara kami
walaupun tanpa ayah. Saya juga seringkali mengikut jemaah keluar kejalan
ALLAH bila ada kelapangan walaupun semasa bergelar seorang penuntut.

Tetapi usaha yang ayah jalankan ini tidak mendapat sokongan dari ahli
keluarga dan saudara-mara yang lain kerana mereka menyagka yang ayah
tidak bertanggungjawab kepada anak-anak. Walaupun begitu ayah tetap
tenang dan tidak mudah melatah dengan apa yang ayah hadapi walaupun
kutukan demi kutukan terus dilemparkan, ini kerana ayah telah melakukan
usaha ini sejak dari umur belasan tahun lagi. Ayah juga sering berpuasa
di bulan rejab, syaaban, ramdhan berturut-turut dan melakukan solat
malam, tidak pernah ayah tertinggal walau satu malam sekali pun, selesai
solat ayah akan memanjatkan doa kepada ALLAH S.W.T meminta pertolongan,
bantuan dan memohon kepada ALLAH agar anak-anaknya menjadi seorang insan
yang berguna dan tidak sekali-kali meninggalkan ibadah.

Setelah tamat pengajian saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi
jawatan juruteknik di sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja bagi
industry petroleum, gas dan petrokimia sekali gus diterima bekerja. Saya
terlalu bersyukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa ayah selama ini
dan saya tidak pernah menggangur setelah tamat pengajian. Berkat doa
ayah juga lah saya dapat mengecapi kejayaan pada hari ini. Setelah 2
tahun bekerja saya telah dinaikan pangkat kepada pembantu teknik,
walaupun begitu tidak pernah sekali pun saya mengabaikan tanggungjawab
saya sebagai seorang hamba kepada ALLAH dan anak.

Semasa ayah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Kuala Lumpur ramai antara
kenalan ayah yang datang dari dekat mahupun jauh, ada antara mereka yang
datang dari Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi. Kesemua mereka
adalah jemaah-jemaah Tabligh yang telah sama-sama melakukan usaha di
Malaysia. Mereka datang sebaik sahaja mendapat berita yang ayah telah
dimasukkan ke hospital walaupun baru hari kedua ayah dimasukkan ke wad.

Semasa diwad ICU ayah tidak pernah melakukan perbuatan yang pelik dan
ayah tidak pernah sekalipun meninggalkan solat lima waktu walaupun
terpaksa baring diatas katil hinggalah pada hari jumaat 1 may 2009
semasa sedang solat asar rakaat kedua secara tiba-tiba ayah mula tidak
sedarkan diri kerana luka pada usus telah berdarah kembali.

Semasa ayah sedang sakit pernah saya hendak mengahantar ayah untuk
menerima rawatan dihospital kerana penyakit kencing manis tetapi ayah
menolak kerana susah untuk menunaikan solat di sana. Walaupun ayah sakit
ayah masih lagi mampu menunggang motorsikal untuk menunaikan solat lima
waktu di masjid dan masih lagi menjalankan usaha dengan keluar 3 hari.

Sebelum ayah mendapat penyakit kencing manis pada awal april 2009 ayah
telah berniat untuk keluar 40 hari ke jalan ALLAH untuk melakukan usaha
tersebut dan ketika sakit ayah tetap berkeras dengan keputusan yang
dibuat. Bagi saya sebagai seorang anak saya tiada hak untuk melarang
ayah dari terus melakukan usaha malah saya berharap agar ALLAH dapat
memelihara ayah dari sebarang perkara yang tidak diingini. Saya redha
jika ayah pergi ketika melakukan usaha tersebut kerana mati dijalan
ALLAH adalah mati syahid dan saya bersyukur sekiranya ia terjadi. Tetapi
belum sempat ayah melakukan usaha ALLAH terlebih dahulu mengambil
nyawanya.

Pada jam 2100 1 mei 2009 ayah telah punkembali kerahmatullah dengan cara
yang paling mudah yang ALLAH berikan. Ayah pergi dalam keadaan yang
tenang. Saya sempat untuk mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah
walaupun tiada suara ayah kedengaran tetapi dari raut wajah dan gerakan
bibir telah membuatkan saya yakin yang ayah mendengar apa yang saya
ucapkan. Dengan airmata yang bergelinang dahi yang mula dibasahi peluh
dan ketenangan air muka ayah telah menghadap tuhan yang maha esa
penghulu kepada langit dan bumi di arasy ALLAH S.W.T. Segala urusan
telah ALLAH permudahkan walaupun usaha yang ayah lakukan tidaklah
sebesar mana.

Semasa melakukan urusan untuk menuntut jenazah saya telah diberitahu
yang segala perbelanjaan rawatan dihospital telah pun dibayar sepenuhnya
oleh seorang HAMBA ALLAH begitu juga dengan urusan pengkebumian dan
tahlil segalanya telah diuruskan oleh orang perseorangan yang tidak saya
kenali. Keesokan paginya ramai kenalan ayah yang hadir untuk menziarah
tidak kira dari dalam dan luar negara jauh mahupun dekat.
Pelajar-pelajar tahfiz juga turut sama hadir.

Keesokan paginya semasa urusan memandikan jenazah terdapat darah yang
mengalir dari luka akibat proses hemodalisis. Darah tersebut cukup
sifatnya dan merah mengalir keluar dari tubuh ayah. Sedang saya sibuk
menggosok badan ayah, seorang tukang mandi yang saya cukup kenali
sebagai berkata sesuatu kepada saya.

"Bapak kau ni tengah tidur ke? tanya Wak.

Saya tidak dapat melayan pertanyaan wak kepada saya kerana sedang sibuk
memandikan jenazah ayah.

"Ko pakai minyak atar ke ni?, Tanya wak lagi.

"Mana ada, mandi pun belum lagi ni wak. Kalau minyak atar tu ada la di
rumah. Minyak atar kasturi ayah punya", Jawap saya.

"Hah! Ni bau kasturi la ni", balas wak kepada saya.

Saya terus mendiamkan diri dan menyambung kerja saya semula. Dalam hati
saya berkata.

"Betul juga apa yang wak ni cakap, dari tadi lagi aku bau semacam je.
Macam bau badan ayah masa nak ke masjid untuk solat berjemaah pula"

Selepas solat zohor saya terus melakukan solat jenazah bersama-sama
dengan jemaah yang lain dan apa yang saya dengar solat jenazah ini
terlalu ramai dari bahagian tengah masjid hingga ke bahagian belakang
saf lelaki. Selepas itu jenazah terus dibawa ke kawasan perkuburan islam
Jalan Ampang untuk dikebumikan dan sekali lagi perkara yang pelik
berlaku semasa menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dimana lima orang
boleh muat untuk turun kebawah sedangkan badan kami besar dan laing
lahad hanya berukuran tujuh kaki lebar.

Semasa jenazah ayah dibawa turun dapat saya rasakan yang beratnya
terlalu ringan seolah-olah sedang memeluk kapas. Sekali lagi perkara
pelik terus berlaku semasa bilal sedang membca talkin hadirin yang hadir
tercium bau yang semerbak harum bak kasturi dan saya sendiri turut sama
mencium bau tersebut. Selesai sahaja urusan pengkebumian ramai kenalan
yang hadir bertanyakan soalan kepada saya tentang apa yang berlaku
semasa di tanah perkuburan dan persoalan itu masih tidak dapat saya
jawap hingga hari ini. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang
berlaku.

Bagi saya setiap amalan kita didunia pada hari ini akan menjadi
pertimbangan kita diakhirat kelak. Jika didunia ALLAH ingin menunjukan
kepada kita atas perbuatan kita maka ianya akan berlaku inikan pula di
akhirat. InsyaALLAH tuan-tuan apa yang berlaku kita jadikan iktibar buat
diri kita dan renungan kita bersama. Saya tidaklah pandai menulis dan
berkata-kata apatah lagi bila berbicara soal agama, saya juga seperti
tuan-tuan insan yang lemah disisi ALLAH S.W.T. segala apa yang saya
ceritakan adalah kisah benar dalam hidup saya dan ianya bukanlah nukilan
semata-mata. Terpulang pada tuan-tuan semua untuk menilainya. Walaupun
ayah telah tiada tetapi saya berniat dalam hati saya kerana ALLAH S.W.T
saya akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh ayah."

Monday, July 4, 2011

SEBUTIR KURMA

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham
berniat ziarah ke Mesjidil Aqsa. Untuk bekal di
perjalanan, ia membeli 1kg kurma dari pedagang tua di
dekat Mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan
dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak
didekat timbangan. Menyangka kurma itu sebagian dari
yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.



Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.
Empat Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti
biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada
sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. ? Ia shalat dan
berdoa khusuk sekali. ? Tiba tiba ia mendengar
percakapan dua Malaikat tentang dirinya, "Itu, Ibrahim
bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya
selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu.




"Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak karena 4
bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram,"
jawab malaikat yang satu lagi.


Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi
selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan
mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh
ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan
haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim
beristighfar. ? Ia langsung berkemas untuk berangkat
lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.
Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya.



Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat
penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang
tua itu melainkan seorang anak muda , "4 bulan yang
lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang
tua. Kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang
meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak
muda itu.


"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu
kepada siapa saya meminta penghalalan ?" Lantas
ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak
muda itu mendengarkan penuh minat. ?



"Nah, begitulah" kata Ibrahim setelah bercerita,
"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau
menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur
ku makan tanpa izinnya?"

?

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan.
Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya
11 orang. ? Saya tidak berani mengatas nama kan mereka
karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."


"Dimana alamat saudara-saudaramu? Biar saya temui
mereka satu persatu." Setelah menerima alamat, Ibrahim
bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya
selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma
milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim. 4 bulan
kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah
Sakhra.
Tiba-tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu
terdengar lagi bercakap cakap.



"Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak
gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain."



"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia
telah mendapat halalan dari ahli waris pemilik kurma
itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali
dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih
milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."