Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
Sunday, February 26, 2012
KELEBIHAN BERJIHAD DAN KELUAR DI JALAN ALLAH
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: تَضَمَّنَ اللَّهُ لِمَنْ خَرَجَ فِي سَبِيلِهِ لَا يُخْرِجُهُ إِلَّا جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَإِيمَانًا بِي وَتَصْدِيقًا بِرُسُلِي فَهُوَ عَلَيَّ ضَامِنٌ أَنْ أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ أَوْ أَرْجِعَهُ إِلَى مَسْكَنِهِ الَّذِي خَرَجَ مِنْهُ نَائِلًا مَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ أَوْ غَنِيمَةٍ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ مَا مِنْ كَلْمٍ يُكْلَمُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَهَيْئَتِهِ حِينَ كُلِمَ لَوْنُهُ لَوْنُ دَمٍ وَرِيحُهُ مِسْكٌ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوْلَا أَنْ يَشُقَّ عَلَى الْمُسْلِمِينَ مَا قَعَدْتُ خِلَافَ سَرِيَّةٍ تَغْزُو فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَبَدًا وَلَكِنْ لَا أَجِدُ سَعَةً فَأَحْمِلَهُمْ وَلَا يَجِدُونَ سَعَةً وَيَشُقُّ عَلَيْهِمْ أَنْ يَتَخَلَّفُوا عَنِّي وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوَدِدْتُ أَنِّي أَغْزُو فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَأُقْتَلُ ثُمَّ أَغْزُو فَأُقْتَلُ ثُمَّ أَغْزُو فَأُقْتَلُ
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.
Wednesday, January 18, 2012
Terjemahan Surah Ali Imran ayat 190-194:
"Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan (semuanya) ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka. Ya Tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan dia, dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim. Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada iman, (iaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhan." maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, serta wafatkanlah kami bersama orang-orang yang banyak berbuat kebajikan. Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami apa yang Engkau janjikan kepada kami melalui RasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."
amin ya Allah....
Monday, January 2, 2012
UNTUK FAHAM AL-QURAN
Diriwayatkan daripada Hadrat Abu Hurairah r.a., beliau berkata, "Bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda, apabila umatku mengagungkan dunia, kehebatan Islam akan dicabut daripada mereka, apabila mereka meninggalkan amr bil ma'arof dan nahi anil mungkar, mereka akan dilucutkan daripada keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah s.w.t." Dipetik daripada kitab Durrul Mansur. Hadith riwayat Hakim dan Tarmizi.
PENTINGNYA DAKWAH
Diriwayatkan daripada hadrat Aisha r.ha, katanya, "Pada satu ketika Rasulullah s.a.w. telah masuk ke rumah dan saya dapat merasakan daripada wajah Baginda s.a.w. bahawa sesuatu pekara yang besar telah menimpanya. Baginda s.a.w telah berwuduk dan tidak bercakap dengan sesiapapun. Aku telah merapatkan diri kedinding untuk mendengar pekara yang disabdakan oleh Baginda s.a.w. Baginda s.a.w telah duduk di atas mimbar lalu memuji dan memuja Allah s.w.t. lantas bersabda, Wahai manusia, sesungguhnya Allah s.w.t. telah berfirman kepada kamu, suruhlah manusia berbuat baik dan laranglah mereka daripada melakukan melakukan kemungkaran sebelum tiba masanya kamu berdoa kepadaKu tetapi aku tidak memperkenankan doa kamu, kamu meminta daripadaKu tetapi Aku tidak akan memberikan kepadamu, kemudian kamu memohon bantuan kepadaKu yakni terhadap musuhmu tetapi Aku tidak membantu kamu. Baginda s.a.w tidak menambah selain daripada perkataan itu sehinnga Baginda s.a.w turun dari mimbar". Hadith riwayat Ibnu Hibban dalam kitab shahihnya dan Ibnu Majah.
Wednesday, December 21, 2011
To get rid of sickness and poverty
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
Sayyidna Abu Hurairah RA has said that once he went out with the Holy Prophet SAW in a manner that his hand was in Holy Prophet’s hands. He passed by a person who was disheveled and worried. He asked, ‘what brought you to this condition?’ That person said, ‘sickness and poverty have done this to me.’ He said, ‘I am going to tell you a few words. If you recite these, your sickness and poverty will go away. The words were:
Tawakkaltu alal hayyilladhee la yamutu alhamdulillahilladhee lam yattakhiz waladan walam yakun lahu shareekun filmulki walam yakun lahu waliyyun minazzulli wa kabbirhu takbeera
I place my trust in the Ever Living who is not to die. Praise belongs to Allah who has neither taken to Him a son, nor is there any partner to Him in His kingdom, nor is anyone (needed) to protect Him because of (any) weakness. And proclaim His greatness, an open proclamation. (17:lll)
After the passage of some time, when he went that way, he found his condition good and showed his pleasure about it. That person told him, ‘since the time you taught me these words, I recite them punctually.’ (Abu Ya’la and Ibn al-Sunni, as quoted by Mazhari)
-Maariful Quran, Surah Bani Israel: 17: 111, Volume 5, page 564.
Wednesday, November 30, 2011
CIRI ZUHUD
1. tidak rasa gembira dgn apa yg ada padanya dan tidak rasa dukacita utk apa yg tidak ada padanya. bahkan merasa dukacita dgn apa yg ada dan rasa gembira krn apa yg tiada. ini zuhud dari segi harta
2. org yg memujinya dan yg mengejinya sama shj. ini zuhud dari segi kemahsyuran.
3. cinta kpd Allah ta'ala serta merasai kemanisan dlm taat kpdNya.
2. org yg memujinya dan yg mengejinya sama shj. ini zuhud dari segi kemahsyuran.
3. cinta kpd Allah ta'ala serta merasai kemanisan dlm taat kpdNya.
Monday, October 24, 2011
AL-QURAN MERUNGKAI CARA MENGESAN PEMBOHONGAN
Subhanallah, sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat saya ungkapkan selepas mendapat tahu hal ini. Siapa sangka pada waktu seribu tahun++ dahulu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagiamana mengesan pembohongan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.
Sebelum saya paparkan apakah ayat tersebut, ingin saya kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai fMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah fMRI.
Ujikaji Ke atas Ubun-Ubun Otak Manusia.
Fakta mengesahkan, dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif. Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.
Ubun-ubun yang Menipu Menurut Al-Quran
Sekarang adalah masanya untuk saya kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan hal ini.
Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti(berbuat demikian)
Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya
(iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, saya mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang saya paparkan di atas.
Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir(ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.
Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman. Insya Allah
Dari Pemerhatian, Pandangan Serta Kajian
Muhammad Hidayat Bin Kadersa Merican

Subscribe to:
Posts (Atom)