Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
Monday, June 6, 2011
NASIHAT RASULULLAH SALALLAHU'ALAIHIWASSALAM KEPADA MUAZ RADIALLAHU'ANHUM
Hadrat Muaz radiallahu'anhum berkata, Ya Rasulullah, silalah beri saya sedikit nasihat." Baginda bersabda, "Beribadatlah kepada Allah dengan perasaan seolah-olah kamu melihatNya di hadapanmu. Dan sentiasa bilanglah dirimu sendiri di kalangan orang-orang yang sudah mati. Ingatlah Allah Ta'ala pada setiap batu dan pokok(supaya terdapat ramai saksi mengenai amalan zikir kamu pada hari kiamat). Bila sahaja berlaku amalan dosa buatlah amalan baik juga sebagai gantirugi; jika dosa itu dilakukan secara senyap maka amalan baik sebagai penampung juga harus dilakukan secara diam-diam. Jika dosa dilakukan secara terang-terangan maka taubatnya serta penampungangnya pun mesti dilakukan secara terang-terangan."
Tuesday, May 17, 2011
CIRI-CIRI ULAMA YANG HAMPIR DENGAN ALLAH TA'ALA
1. Tidak mencari dunia dengan ilmu
2. Perbuatannya tidak bercanggah dengan percakapannya
3. Sibuk dalam ilmu yang memberi manafaat di akhirat dan melakukan amal-amal yang baik
4. Tidak berminat kepada makanan, minuman dan pakaian mewah
5. Menjauhi sultan-sultan dan ahli-ahli kerajaan
6. Tidak terburu-buru mengeluarkan fatwa
7. Amat mementingkan ilmu batin/tasauf
8. Keimanan dan keyakinannya sentiasa terkait dengan Allah ta'ala dan menjaganya dengan penuh kepentingan
9. Kelakuan dan senyapnya mencerminkan takut akan Allah ta'ala
10. Mengutamakan kajian masalah-masalah berkaitan dengan amalan (dibenar atau tidak dalam syariah)
11. Merenung ilmu secara mendalam. Bukan ikut majoriti.
12. Kekerasan terhadap bid'ah dan elak diri dari amalan bid'ah

Thursday, April 28, 2011
KEHEBATAN CINTA
Salam,
Hadrat Isa alaihissalam semasa berjalan melalui satu kumpulan yang terdiri dari orang2 yang terlalu lemah dan wajah mereka pucat. Baginda bertanya kepada mereka, "Bagaimanakah kamu boleh menjadi begini?". Mereka menjawab, "Takutkan pada nerakajahanam menjadikan kami begini." Beliau menjawab bahawa Allah ta'ala mengambil tanggungjawab untuk menyelamatkan mereka yang takut kepada jahanam.
Dalam perjalanan itu di tempat yang lain beliau jumpa beberapa orang lagi dalam keadaan yang lebih teruk berbanding dengan kumpulan sebelumnya. Mereka terlalu lemah dan wajah mereka mencerminkan kegelisahan yang amat sangat. Hadrat Isa alaihisalam bertanya, "Apa sudah berlaku pada kamu?" Mereka menjawab,"Keghairahan untuk syurga serta cinta padanya menjadikan kami begini." Hadrat Isa alaihissalam beritahu mereka,"Allah ta'ala mengambil tanggungjawab untuk menyempurnakan cita-cita kamu, kurniakan kepada kamu apa yang kamu cinta itu."
Berjalan lagi, baginda jumpa satu lagi kumpulan yang lebih dhaif dari yang terdahulu, tetapi wajah mereka bercahaya sehingga berkilat seperti cermin. Beliau bertanya soalan sama kepada mereka. Mereka menjawab bahawa cinta kepada Allah ta'ala menjadikan mereka sedemikian. hadrat Isa alaihissalam berkata,"Kamulah yang hampir, Kamulah yang hampir, Kamulah yang hampir" tiga kali beliau mengucapkan perkataan itu.

Wednesday, March 16, 2011
8 PEKARA UNTUK BERJAYA
Ringkasan 30thn masa hadrat Haatam Asam rahmatullah'alaih bersama Syaqiq Balkhi rahmatullah'alaih:
1. Cinta buat amal soleh krn amal soleh akan menjadi teman kita yg kekal
2. Menahan diri dr menurut hawa nafsu krn syurgalah tempat yg selayaknya bg mrk yg menahan dirinya dari menurut hawa nafsu
3. Qorbankan apa yang dicintai dijalan Allah krn sesuatu yg diqorbankan dijln Allah akan kekal selama2nya
4. Bertaqwa kepada Allah krn Allah bagi kemuliaan menerusi takwa
5. Tidak marah kpd sesiapa pun krn semua yg berlaku adalah ketentuan Allah
6. Tidak bermusuh dgn sesiapa kecuali syaitan laknatulah krn Allah telah perintahkan syaitan laknatullah adalah musuh kita
7. Sibukkan diri dgn pekara2 yg Allah perintahkan dan biarkan pekara2 yg telah menjadi tanggungjawab Allah ta'ala sempurnakan spt rezeki
8. Berserah diri kpd Allah bulat2 krn cukuplah Allah sbg penyelamat
Sesiapa yg mengamalkan 8 pekara tersebut maka dia telah mengamalkan kesimpulan dr kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran-hadrat Syaqiq Balkhirahmatullah'alaih.

Monday, March 7, 2011
JEMAAH MASTURA FILIPINA
alhamdulillah, 3 hari lepas tmn seroja dikunjungi oleh 6 pasang jemaah mastura dari filipina...wajah2 merah tak tumpah spt kita cuma bile bercakap bahasanya lain...walaupun lain tetap ada kelembutan...
apabila karkuzari berkenaan sejarah islam di sana...mrk berkata selama 300thn islam bertapak di filipina dan rata2 mrk beragama islam....tetapi bila dakwah ditinggalkan agama telah keluar dari kehidupan mrk walaupun pd zahirnya mereka dijajah oleh org sepanyol...mrk berkata islam dtg ke negara mrk menerusi org2 dari tanah melayu....
alhamdulillah...berkat amalan khuruj jemaah seorang pekerja wanita berbangsa filipina telah kembali islam...masyallah inilah saya rasa kali ke2 org telah datang kepada islam...yg pertama dulu seorg black african tetiba saja di airport dtg nak asuk islam...sempat gak keluarkan dia 40hari sebelum d hantar ke pusat saudara baru d n9....
inilah kesan apabila dakwah dikerjakan...org yg kuat islamnya akan bertambah kuat, org yg lemah islamnya akan kuat islamnya, org yg murtad akan kembali islam, org kafir yg mau kpd islam akan memeluk islam dan org kafir yg menentang islam Allah ta'al akan hancurkan mrk....
sebaliknya jika dakwah ditinggalkan org yg kuat islamnya akan lemah islamnya, org yg lemah islamnya akan murtad, org yg murtad tidak akan kembali kpd islam, org kafir yg maukan islam akan terjauh drpd islam, dan Allah ta'ala akan gunakan org kafir yg memusuhi islam menyembelih org islam...
Jadi, jika kita sayangkan islam, sayangkan keturunan kita supaya kekal islam...jika kita hendak keberkatan dari Allah maka marilah kita jadikan kerja dakwah ni kerja asasi kita....
utk jadikan dakwah kerja asasi kita maka kita kena belajar dgn meluangkan masa 4 bulan, 40 hari setiap tahun dan 3 hari setiap bulan dan buat kerja makami kita iaitu mesyuarat/fikir harian, taklim rumah & taklim masjid, dakwah 2jam setengah jumpa manusia, 2 ghast dan keluar 3 hari setiap bulan (2 org lama bawa 8 rg baru)...
walallahu'alam....

Thursday, February 24, 2011
SAHABAT RADIALLAHUANHUM ADALAH GOLONGAN ORANG MUKMIN YANG PALING CINTAKAN NABI MUHAMMAD SALALLAHU'ALAIHIWASSALAM
salam,
pagi tadi dpt istiqbal salah seorg syura markaz dan beliau adalah super senior sy dahulu....sejak dulu lagi byk masa'il yg kami rujuk pd beliau dan selalunya jawaban diberi sungguh baik dan memuaskan...
sy sempat bertanya pasal berarak utk tunjuk kita cinta pd Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam...beliau jwp siapa yg paling cinta Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam? Jawab beliau balik...sahabat radiallahuanhum dan pekara spt berarak utk tunjuk kecintaan kpd Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam tidak pernah dibuat oleh sahabat radiallahu'anhum....byk pekara lain yg beliau cakap yg blh mendatangkan ganjaran pahala jika kita cintakan Nabi spt mengamalkan surah, sirah dan sarirah Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam...pekara yg awalnya ma'ruf tetapi susah nak dielakkan dr bercampur maksiat spt bercampur lelaki & wanita yg bukan mahram, nyanyian2 adalah lebih harus ditinggalkan...
sebenarnya masalah kita ialah iman...bila iman lemah syaitan dan dunia mudah sesatkan kita...dgn kerja dakwah insyallah iman dpt dikuatkan dan tipu daya syaitan dan dunia dpt dikalahkan...kata elders bila dakwah dibuat agama akan jadi kuat dan bila dakwah ditinggalkan agamalah yg pertama akan jadi lemah...
jadi marilah kita buat pengorbanan dgn keluar dijalan Allah Ta'ala 4bulan, 40hari, 3hari dan buat usaha makami
wallahu'alam

Wednesday, February 23, 2011
KISAH-KISAH ORANG ZUHUD DAN MEREKA YANG MEMBELANJAKAN HARTA DI JALAN ALLAH
Telah dinukilkan dari hadrat Ibnu Abbas radiallahuanhu bahawa satu ketika hadrat Hassan dan Hussain randiallahuanhuma telah jatuh sakit tenat. Hadrat Ali dan Fatimah radiallahuanhuma telah bernazar untuk berpuasa selama 3 hari berturut-turut apabila kedua-dua anak mereka sihat semula. Dengan kurnia Allah mereka pun sembuh dan hadrat Ali dan Fatimah radiallahuanhuma menunaikan nazar mereka. Tetapi mereka tiada apa-apa untuk dimakan samada sewaktu sahur atau semasa berbuka puasa. Tanpa apa-apa mereka mula berpuasa. Hadrat Ali radiallahuanhu pergi ke salah seorang yahudi bernama sya'mun dan berkata, "Jika kamu memberikan bulu untuk dikisar benan dengan upah maka anak Hadrat Muhammad Rasulullah sallahu'alaihiwassalamakan membuat kerja itu." yahudi itu memberi satu bandela bulu dengan upah 3 sa'a jagung. Pada hari pertama puasa mereka hadrat Fatimah radiallahuanha mengisar 1/3 dari bandela bulu itu dan satu sa'a jagung beliau memproses untuk membuat 5 buku roti. Iaitu untuk 5 orang; hadrat Ali, hadrat Fatimah, hadrat Hassan, Hadrat Hussain dan seorang hamba perempuan bernama Fidhdhah. Beliau telah berusah sepanjang hari dalam keadaan puasa. Hadrat Ali radiallahuanhu balik rumah selepas bersolat maghrib secara berjemaah dengan Baginda Rasulullah salallahu'alaihiwassalam. Sopra telah dihamparkan dan makanan telah dihidangkan. Mereka duduk untuk makan. Hadrat Ali radiallahuanhu mengambil satu suap roti ditangannya, tiba-tiba kedengaraan dari luar, "Wahai ahli keluarga Rasulullah salallahualaihiwassalam berilah sesuatu kepada orang miskin ini untuk dimakan. Semoga Allah ta'ala memberikan makanan syurga kepada kamu!" Hadrat Ali radiallahuanhu berhenti dan bermesyuarat dengan Hadrat Fatimah radiallahuanha yang mengesyorkan bahawa sepatutnya semua roti itu diberikan kepada peminta sedekah yang miskin itu dan semua ahli keluarga dalam keadaan lapar. Dalam keadaan itulah kereka mula berpuasa pada hari yang kedua. Sebahagian lagi dari bulu telah dikisar oleh Hadrat Fatimah radiallahuanha satu sa'a lagi jagung diambil sebagai upah dan lima buku roti telah dibuat. Selepas maghrib mereka hendak mula makan roti, maka kedengaran dari luar seorang anak yatim telah meminta makanan. Maka mereka pun memberi kesemua roti itu kepadanya. Hari ketiga mereka berpuasa tanpa apa-apa untuk dimakan sahur. Satu pertiga lagi bulu telah dikisar dan didapati satu sa'a lagi jagung, lima buku roti telah dibuat. Selepas Maghrib apabila mereka hendak makan, mereka terdengar suara seorang banduan meminta makan. Maka hati itu pun memreka memberisemua roti kepada banduan itu. Pada hari keempat mereka tidak lagi berpuasa tetapi tiada juga apa-apa untuk dimakan. Hadrat Ali radiallahuanhu bersama-sama kedua-dua anaknya pergi kepada Rasulullah salallahualaihiwassalam dalam keadaan kelaparan yang tidak terhingga serta lemah badan. Baginda salallahualaihiwassalam bersabda kepadanya,"Dengan melihat keadaan kamu, aku sangat sedih. Marilah kita pergi kepada Fatimah." Ketika mereka sampai, Fatimah radiallahuanha sedang bersolat. Keadaannya sangat lemah, matanya hampir terbenam. Baginda memeluknya lalu berdoa kepada Allah Ta'ala. Maka Hadrat Jibrael alaihissalam datang dengan wahyu,
surah Al-Insan ayat 8;
وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا [٧٦:٨]
"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan"
serta tahniah bagi mereka.
Allama Suyyuti rahmatullahalaihi dalam kitabnya Durre Manthur telah menukilkan riwayat Hadrat Ibnu Abbas radiallahuanhuma bahawa ayat ini telah diturunkan sebagai pujian dan tahniah bagi Hadrat Ali dan Hadrat Fatimah radiallahuanhuma.

Subscribe to:
Posts (Atom)