Assalamu'alaikum,
Insyallah, setelah lebih 40hari ahlia sy melahirkan muhammad yusuf, jemaah 3 hari mastura akan bertandang ke rumah sy. sy amat terharu apabila membaca kisah2 wanita soleh dalam blog http://umi-ali-surahsirahsarirah.blogspot.com/. macamana pengorbanan fatimah radiallahuanha, siti hajar, macamana kesukaan siti sarah memasak makanan utk tetamu sehinggakan malaikat menjadi tetamu utk menyampaikan berita bahawa siti sarah akan mendapat anak yg alim pulak tu..seingat sy menyebabkan dia tertawa (dlm bahasa arab "ad-hak") oleh krn itulah diberi nama Ishak alaihissalam.
sy amat terkesan dgn kisah2 tersebut. jadi bersemangat nak terima jemaah. mcm elders cakap wanita dan anak2 ni 2/3 dari umat. jika tak buat usaha terhadap ("di atas" cuba elak pakai utk masturat) maka kita telah meninggalkan 2/3 dari umat ini. jadi usaha terhadap wanita dan kanak2 sgt penting sama spt kaum lelaki. sy teringat satu ayat quran berkenaan mereka yg menyediakan rumah utk jemaah mastura iaitu surah al-anfal ayat 74, "Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam), dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia."
Mudah2an dgn sedikit pengorbanan kita Allah jadikan asbab kejayaan dunia dan akhirat.
Wallahu'alam bi sawab.
Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
Wednesday, March 10, 2010
Thursday, February 11, 2010
Assalamu'alaikum,
Mashyallah, taktup2 dah masuk 2010. Begitu cepatnya masa berlalu.
Alhamdulillah pada 26/1/2010 sy mendpt cahayamata yg keempat. Alhamdulillah. Anak lelaki...org jawa cakap wong lanang (sori kalau silap sebab sy bukan org jawa)...Namanya Muhammad Yusuf. Kebetulannya sebelum lahir, sy, isteri dan anak ke3 sy Puteri Sarah hanya pergi utk check-up biasa shj...tetiba doc kata dah blh bersalin.... terkezut juga sy...so ahlia (isteri) sy pun admit la ke wad...dr kul 10 a.m sampai la kul 3 pm lebih...status quo...openingnya (kalau dah nikah dan dah ada anak dan ahlia bersalin normal) tentu tau apa sy maksudkan...huh! dah 5jam dlm labour room...walaupun dah solat hajat & baca yasin...Yusuf blom keluar lagi...
Alhamdulillah, Allah Ta'ala ilhamkan sy utk talipon utz Sadiq...sy pun call dia...dan tanya petua nak mudahkan isteri bersalin...dia cakap tuliskan ayat pertama surahAl-Inshiqaaq (surah yg ke 84) di atas perut isteri. Sy pun tulislah dgn air zam2 yg sudah sy bacakan yassin ke atas perut ahlia sy...Maha Suci Allah...sejurus lepas tulis tu ahlia sy sakit sgt (walaupun dah di epidural kan)...tanda dah nak bersalin dah...Maha Suci Allah...sy nampak kepala Yusuf dah keluar...masa tu doc blom dtg lagi walaupun staff nurse dah panggil...oleh kerana mujarabnya amal tersebut...Yusuf pun keluarlah...Allahuakhbar.....Alhamdulillah...Segala Puji Bagi Allah...inilah yg di cakapkan oleh Maulana Saad damatbarkatahum...bila dtg ujian putuskan pengharapan pd makhluk...buat amal utk dpt nusrah Allah...
Jadi, mudah2an kepada suami2 yg isteri nak bersalin, sayugia sy syorkan amalan tersebut di atas...Mudah2an Alllah Ta'ala mudahkan urusan kelahiran anak tuan2.
Alhamdulillah bertambah lagi umat Nabi Muhammad salallahualaihiwassalam kat dunia yg fana (akan hancur). Mudah2an Muhammad Yusuf akan dipilih oleh Allah Ta'ala sebagai daeNya. Amin.

Thursday, July 16, 2009
Ijtimak Malaysia-9-12 Julai 2009
Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah, Ijtimak Malaysia telah dapat dianjurkan di kuarters KLIA Nilai. Mudah2an Allah s.w.t menerima ijtimak ini. Bagi diri sy, sy di dlm jemaah istiqbal airport. Alhamdulillah, dpt khidmat elders. Mudah2an Allah s.w.t terima semua khidmat bros. yg khidmat elders di airport. Sy syg mereka. Sebelum berlepas ke Filipina, sy lihat sempat juga elders kita beseloroh sesama mereka. Sy rasa mrk gembira. Mudah2an itu satu petanda baik buat pengusaha2 agama di sini. Mudah2an Allah s.w.t terima dan jayakan ijtimak2 yg seterusnya. Ada byk nasihat yg diberikan oleh elders kita semasa ijtimak berlangsung. Di antaranya ialah buat amal dgn adanya roh. Solat yg dilakukan dgn roh, menghasilkan doa yg maqbul (diterima) Allah s.w.t. Inilah senjata paling ampuh bagi kita dlm mengharungi ujian di dunia yg fana. Utk dptkan roh dalam amal tak lain dan tak bukan kita kena mujahadah atas agama dan tashahihkan (perbetulkan) niat semata2 kerana Allah s.w.t. Mudah2an Allah s.w.t pilih kita utk agama. Amin.
Wallahu'alam.

Monday, August 4, 2008
Bismillah enam

Assalalmualaikum semua,
Hari ini saya terbaca satu email yang saya rasa baik untuk dikongsikan bersama. Email tersebut berkenaan Bismillah 6.
Antara kelebihan2 bismillah 6 ini adalah spt berikut:
1. Makbul segala hajat dan cita-cita.
2. Luas rezkinya.
3. Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
4. Menang dalam peperangan.
5. Penerang hati.
6. Dijauhkan dari segala penyakit.
7. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
8. Dibaca ditempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
9. Dibaca dimalam Jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
10. Aman daripada binatang2 buas.
11. Air laut menjadi tawar.
12. Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
13. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
14. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
15. Terselamat dari karam dilaut.
16. Jika dibaca pada minyak malam Jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
17. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
18. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insya'Allah lari iblisnya.
Banyakkan fadilat bismillah 6 ni. Mudah2an kita dapat amal dan sampaikan.
Wassaalam.
Thursday, February 28, 2008
SEKAPUR SIRIH
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,
Saya berharap blog saya ini dapat memberi sedikit-sebanyak manafaat kepada sesiapa yang melayarinya. Buat masa ini saya masih lagi baru dalam blogger ini. Insyallah, saya akan belajar untuk memperkemaskan blog saya ini dari masa ke semasa. Saya juga berharap, sumbangan dari pelayar-pelayar internet agar menyumbang bahan-bahan yang dapat mendatangkan manafaat kepada semua. Pekara-pekara yang boleh merosakkan aqidah terutamanya kepada yang beragama islam adalah dilarang sama sekali.
Saya berharap agar semua yang melayari blog saya ini akan mendapat sumber-sumber untuk dijadikan asas kepada insan yang berjaya.
Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)