Sunday, June 23, 2013

CARA NAK HILANGKAN JEREBU


"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.


"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;


"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

Tuesday, June 4, 2013

KEKASIH

Salam,

Hidup di dunia ni hanya sementara.

Walaupun umur kita  di dunia ni 100thn, tetapi di akhirat hanya lebih kurang 2 jam setengah aje.

Kita susahkan diri kita utk puaskan hawa nafsu dan cita2 kita di dunia, tapi lupakan kesenangan abadi di akhirat.

Utk dpt kesenangan sementara di dunia kita sanggup lakukan apa sahaja. Tapi utk dptkan kesenangan di akhirat kita langsung takde masa dan menangguh2 utk buat kebaikan atau amal soleh.

Nilah penyesalan yg bakal kita hadapi apabila kita sia2kan hidup kita hanya utk kesenangan dunia yg sementara.

Suatu penyesalan yg terlalu hebat dan tak dpt nak dibayangkan sehingga peyesalan kita di akhirat akan menyebabkan kita menangis, menangis sehingga habis airmata, airmata darah pula akan keluar.

Kehidupan ini hanyalah tipu daya dan senda gurau. Jadi, janganlah kita tertipu dan janganlah kita leka dek senda gurau.

Maut pasti dtg dan kita skrg sedang menanti bilakah giliran kita.

Kehidupan selepas maut adalah kehidupan yg sebenar. Segala amal perbuatan kita akan dihitung. Seorg yg makan sebiji kurma, setiap serat dari buah kurma itu akan ditanya.

Masa tu kitalah org yg sangat memerlukan amal soleh utk terlepas dari azab Allah subhawata'ala.

Cukupkah amal soleh kita utk terlepas dari hisab yg begitu teliti/detail?

LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTUM MINAZALIMIN

"Tidak ada tuhan melainkan Engkau (Wahai Allah), Maha Suci Engkau, Sungguh aku telah menzalimin diriku dengan kezaliman banyak"

Marilah kita mengaku, kita banyak buat dosa kepada Allah, Rab yang Maha Mengasihani.

Marilah kita pulang kepada Allah dengan taubat dan penyerahan diri kita yg daif ni.

Marilah kita bertaubat atas kezaliman yg telah kita lakukan.

Kezaliman yg mendahulukan hawa nafsu kita daripada melaksanakan kehendak Allah subhanawata'ala.

Apakah kezaliman yg paling besar?

Iaitu kezaliman meninggalkan maksud kita diciptakan oleh Allah subhanawata'ala.

Iaitu kezaliman meninggalkan usaha agama/dakwah.

Satu kezaliman yg Allah subhanawata'ala tidak akan ampunkan.

Kita rasa berdosa bila kita tinggalkan solat. Kita rasa berdosa bila kita tinggalkan puasa ramadhan. Tapi kita tidak rasa berdosa apabila kita tinggalkan dakwah. Sedangkan dakwahlah satu amal yg akan menguatkan iman kita utk meta'ati segala perintah Allah subhanawata'ala, meninggalkan laranganNya dan menghidupkan kehidupan suci-murni Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam dalam kehidupan kita.

Meninggalkan usaha dakwah adalah satu kezaliman yg menyebabkan kita hidup hina di dunia dan di akhirat.

Hanya dengan taubat nasuha/dengan azam tidak akan tinggalkan usaha dakwah sahaja akan menyelamatkan kita dari kedashyatan kehidupan selepas maut yg tidak ada penghujungnya.

Marilah kita gunakan sisa usia kita utk usahakan agama Allah dengan menghidupkan masjid2 di seluruh dunia dan rumah2 kita dengan amalan dakwah, taklim-taklum, ibadat dan khidmat dan sediakan setiap diri dari umat ini utk usaha agama Allah subhanawata'ala.

Apabila kita bangun buat uasaha dakwah, Allah subhanawata'ala akan ampunkan dosa kita dan Allah subhanawata'ala akan kasih kepada kita.

Usaha dakwah inilah adalah kerja seluruh para ambiya' alaihisalamtuwassalam dan kerja Nabi kita yang Mulia Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam, penutup segala nabi.

Tidak ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam.

Oleh itu, kerja dakwah-iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah subhanawata'ala telah menjadi kefarduan kepada setiap umat Nabi Muhammad salallahu'alaihiwasalam yg beriman. Samada kita sedar atau tak, dakwah adalah matlamat kita dipilih utk menjadi umat Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam.

Hatta Nabi Isa alaihisalam pun akan turun dan akan ikut syariat Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam dan akan meneruskan kerja dakwah.

Jadi ayuhlah kita bertaubat dan bangun utk buat dakwah.

Mudah2an dengan kerahiman dan kasihsayang Allah dan Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam kita mendapat keselamatan dan kejayaan di dunia dan akhirat.

Mudah2an Allah subhanawata'ala akan bangkitkan kita bersama Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam dan para sahabat radiallahu'anhum di akhirat nanti. In sha Allah.

"Ya Allah! Ampunlah kami umat kekasihMu yang alpa. Pilihlah kami untuk usaha agamaMu, Ya Allah. Amin!"





Saturday, April 6, 2013

PENTING UNTUK DAKWAHKAN KEBESARAN ALLAH SUPAYA DAPAT KENAL ALLAH TA'ALA

"Selagi pengeluar perintah tidak dikenali selagi itu kebesaran perintah tidak ada dalam hati"-Maulana Tariq Jamil

Sunday, November 4, 2012

Maksud takwa

Maksud Firman Allah : "Alif, Lam, Mim. Al-Qur’an adalah sebuah kitab yang tidak diragui, sebagai hidayah kepada orang yang bertaqwa." (surah Al-Baqarah : ayat 1-2)
Dalam ayat ini Allah dengan terang menjelaskan bahawa Al Quran yang diturunkan ini adalah merupakan panduan kepada hamba2nya yang bertakwa kepadaNya. Siapakah orang yang bertakwa itu? Menurut Ibn Abbas orang yang bertakwa itu ialah seorang muslimyang meninggalkan syirik kepada Allah dan melakukan amal ketaatan kepada Allah semata. Maknanya melakukan semua yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang dilarang Allah. 

Selain itu pernah suatu hari seorang sahabat ditanya tentang maksud takwa itu maka dijawabnya, "takwa itu adalah umpama kamu sedang melalui satu jalan yang penuh duri, maka kamu akan berhati2 dalam melaluinya agar tidak tertusuk duri dan tercedera". 
Begitulah kita dalam melalui hidup kita sehari2, perlu sentiasa berhati2 agar tidak melakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah terhadap amal perbuatan kita. 
Maksud Firman Allah : "(Orang yang bertakwa itu) Mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib, mendirikan solat dan membelanjakan sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepada mereka. Mereka beriman kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepada engkau (Muhammad) dan kitab-kitab yang terdahulu sebelum engkau serta yakin akan hari akhirat. Mereka itulah yang mendapat hidayah Allah dan beroleh kejayaan." (Surah Al-Baqarah, Ayat 3-5) 

Di sini juga Allah ada menerangkan lagi tentang kriteria yang ada pada mereka yang bertakwa ini iaitu mereka ini beriman kepada perkara ghaib dan sebagaimana yang kita maklum, apa yang dinamakan beriman itu adalah kita percaya dalam hati, membenarkan dengan lisan (lidah) kita dan mengamalkan dengan anggota badan kita. Itulah namanya beriman. Dan antara kriteria orang yang beriman jugak adalah timbulnya dalam hati mereka perasaan takutkan Allah. 

Selain itu, mereka yang bertakwa adalah mereka yang mendirikan solat. Solat ini merupakan tiang agama dan merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima dan mereka yang bertakwa sahaja yang dapat melaksanakan solat mereka dengan sempurna keranadari solat inilah dapat mencegah seseorang itu dari perbuatan keji dan mungkar. Menurut Ibn Abbas, mendirikan solat adalah "menyempurnakan ruku’ dan sujud serta bacaan yang khusyuk", sementara menurut Ibn Qatadah pula, mendirikan solat itu ialah "menjaga waktunya, wudhuknya, rukuk dan sujudnya" dan maksud asal solat itu dalam bahasa arabnya ialah doa. Jadi sewaktu kita solat adalah seolah-olah kita sedang berdoa kepada Allah. Dalam surah Fatihah sendiri terdapat ayat2 yang merupakan doa kita kepada Allah SWT. 

Orang yang bertakwa jugak ialah mereka yang membelanjakan rezeki yang mereka peroleh pada jalan Allah SWT dan mereka yang paling layak menerima pemberian dari wang yang kita ada itu adalah ahli keluarga dan kerabat kita yang dalam keadaanmemerlukan bantuan. Seterusnya anak2 yatim, fakir miskin dan sebagainya. Mereka tidak merasa rugi dari apa yang mereka keluarkan kerana mereka yakin apa yang mereka belanjakan itu akan dibalas oleh Allah samada di dunia ataupun di akhirat. 
Moga Allah akan sentiasa membantu kita dan menggolongkan kita antara hamba yang bertakwa kepadanya. InsyaAllah.

Wednesday, October 3, 2012

KESEDIHAN NABI SALALLAHU'ALAIHIWASSALAM


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

 

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dibesarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

 

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam." 

 

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian diteruskan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

 

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan."

 

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" 

 

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)

 

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" 

 

Jawab Jibril:

 

"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun, namanya Al-Hawiyah.

 

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

 

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

 

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

 

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

 

Pintu ke enam tempat orang nashara bernama Sa'eir."

 

Kemudian Jibril diam, segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?

 

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

 

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" 

 

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

 

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

 

(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yang Lalai")

 

 

 

 

Monday, September 24, 2012

KETETAPAN UNTUK MENDAPAT BANTUAN ALLAH TA'ALA

kejayaan jin dan manusia dalam agama, sejauhmana dia dapat menta'ati perintah Allah subhanawata'ala dan ittibak (mengikuti)  kehidupan suci murni Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam.....inilah sistem (kaedah) yang Allah subhanawata'ala tetapkan sejak azali lagi...sejauhmana dia dapat menta'ati perintah Allah subhanawata'ala dan ittibak kehidupan suci murni Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam, sejauh itulah bantuan Allah subhanawata'ala kepada kita...

dan sebaliknya kegagalan untuk mendapat nusrah Allah ta'ala ialah kegagalan kita untuk menta'ati perintah Allah subhanawata'ala dan ittibak kehidupan suci murni Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam.

wallahu'alam...

Wednesday, September 5, 2012