Thursday, April 5, 2018

bismillahir rahmanir rahim

jor qudama dan karkun lama di kuala lumpur bulan mac lepas...mudah2an Allah awt terima


Thursday, August 24, 2017

MAJNUN

Bismillahirahmanirahim,

Majnun...
Bukan  namanya...
Tapi gelaran...
Kerana sifatnya

Sifat cintanya
Lupa diri
Kerana Layla

Kenapa?
Kenapa Majnun?

Di mana saja dilihat Layla
Di setiap kerdipan mata
Layla selalu ada...

Ya..
Layla ada pada pandangan
Layla ada dalam mimpi
Layla sentiasa dalam ingatan

Tapi...
Bukan pada nyata

Bukan.
Bukan..
Bukan...

Bila kan Layla berada disisi?
Bila nisan menjadi tanda
Layla sentiasa berada disisi
Bersama Majnun di alam abadi






Monday, May 29, 2017

ramadhan mubarak

bismillahirahmanirahim.

alhamdulillah kita dipilih utk bertamu lagi di bulan ramadhan 1438 hijrah.
bulan yg mana amala  fardhu pahalanya digandakan 70 kali ganda manakala
amalan sunat diganjari seperti amalan fardhu. mudah2an Allah taala kurnia kita taufik, hidayah dan inayahNya utk kita sempurnakan segala amalan dgn kecintaan kita kpd Allah dan rasulNya. aamiin.

Friday, April 28, 2017

coretan

bismillahirahmanirahim. allahummasalliala saidina muhammad wa ala saidina muhammad.

semuga kita semua di dalam taufik inayah dan hidayah allah subahanawataala. aamiin.

masa berlalu sgt pantas. dari satu jumaat ke satu jumaat rasa mcm sehari. benarlah sabdaan baginda nabi muhammad sallahualaihiwassalam. dunia dah dipenghujungnya.

sekejap lg bln ramadan dah. mudah2an allah taala pilih kita utk bertamu d bln yg penuh keberkataan.

ya allah berilah  kami taufik hidayah dan inayahmu utk mentaati segala printahmu meninggalkan segala laranganmu dgn cara sucimurni baginda muhammad sallahualaihiwassalam. aamiin.

subahanallah alhamdulillah allahuakhbar

lahaulawala quwatailla billahilaliyilazhim

mudah2an allah pilih kita utk jadi pencintanya.

wallahualam.

Tuesday, June 28, 2016

OUT OF SERVICE

bismillah

lama tak menulis sebabnye sy rasa adanye wasap. selalu terima wasap hingga kekadang lupa pekara yg lain. astaghfirullah.

2 mei 2016 keluar 40hari dgn anak sulung yg sdg belajar kelas alim 1. route d sg petani kedah. byk sawah padi kat situ. dlm jemaah ada 6 pelajar madrasah, 1 utznye dan 3 org awam. antara 6 pelajar tu 4 org sudah hafiz alquran. masyallah. keaddan jemaah baik semuanya.

kami mula tashkil d surau bkt lalang. lokasi surau d kelilingi sawah padi. masa tu org baru nak tanam anak padi. hijau pemandangan. jemaah dpt nusrah dr 2 org tempatan dan anak2 sekolah rendah pun ada bersama selama 3 hari d situ. masa d markaz sg petani org tgjwb pesan kena kurang penggunaan air sebab musim kemarau dan ada setengah tpt yg dah d catu air. keadaan panas pun blh tahan. tapi alhamdulillah semasa d situ allah turunkan hujan beberapa hari. jadi tak la panas sgt. alhamdulillah. keadaan amalan surau tak begitu memberangsangkan. tak ramai ahli kariah yg solat berjemaah d surau. ghast n kususi tetap d buat. mudah2an hiduplah amalan masjid nabawi s.a.w. d surau tu.

kedian pegi ke masjid pulau sepom. kat sini semua otai2. imam 1 d beritakan pernah hadir istimak d markaz sg petani. dia juga ada slot ceramah lps maghrib tapi masyallah slotnya d beri pd jemaah utk bayan. mudah2an Allah pilih tn imam tu utk usaha agama. aamiin. kat sini tak de karkun tapi dpt nusrah dr karkun halqah tikam batu-rahman. usaha dakwah jemaah terus d jalankan. mudah2an Allah taala jadikan kami asbab hidayah utk org kg. aamiin.

fuh ada beberapa lagi masjid n surau nak cerita kat blog ni...tapi kesuntukan masa...cuma sy rasa jos sikit lps keluar ni..alhamdulillah.

jadi kalau tn2 nak rasa jos, tn2 keluarlah d jln Allah. in shaa Allah jos la.

wallahualam.

Wednesday, April 29, 2015

Thursday, April 2, 2015

Friday, February 20, 2015

kasih sayang Nabi Muhammad salallahu'alaohiwassalam

Bismillahirahmanirahim.

19/2/2015 hari khamis ada perjumpaa ibubapa dgn asatizah2 madrasah miftahul ulum cawangan dengkil selangor.

Majlis sederhana tetapi kemeriahan drasai dgn kehadiran ulamak n ibubapa berserta anak2 kecil

Penuh tpt parking tetapi dgn khimat pelajar2 urusan parking amat memuaskan

bila sampai pelajar2 istiqbal tetamu n d perdilakan dgn jamuan

majlis d mulakan dgn bacaan ayat2 alquran dr surah yusof oleh pelajar

kemudian dteruskan dgn ucapan timbalan mudir madrasah miftahul ulum sri petaling yg d muliakan lagi d kasihi ustaz amir hamzah alhafiz

antara ucapan beliau anak2 d madrasah d didik supaya beri khidmat n beliau mengisahkan bagaimana Abdullah ibnu abbas radiallahu'anhuma walaupun masih kecil beri khidmat pd nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam. Baginda sgt suka pd khidmat beliau lalu mendokan beliau fakih dlm agama. Maka utz ckp byk hadis2 yg driwayatkan oleh Abdullah ibnu abbas radiallahu'anhuma. Sblm beliau meninggal masih ada 1 hadis lagi yg beliau blm sampaikan iaitu lebih kurang maknanya sesiapa yg mengucap laillahailallah maka dia pasti masuk syurga walaupun dia berzina atau mencuri. Lalu sahabat radiallahuanhum bertanya walaupun berzina atau mencuri. Nabi salallahu'alaihiwassalam jwb ya. Tunjuan Abdullah ibnu abbas radiallahu'anhuma menyimpan hadis ini krn kekuatiran beliau akan ada yg hanya berpegang kpd hadis tersebut shj. Tetapi krn tgjwb tabligh maka beliau sampaikan juga.

begitu hebat kalimah laillaha'ilallah ni sehingga syurga ganjarannya

tetapi betapa hebat juga Nabi salallahu'alaihiwassalam menyampaikan kalimah ini kpd kita sbg umatnya

baginda salallahu'alaihiwassalam telah berkorban n bersusah payah malah seluruh keluarga baginda salallahu'alaihiwassalam juga bersusahpayah atas kalimah laillaha'ilallah

inilah kasihsayang seorg nabi terhadap umatnya

mudah2an Allah Ta'ala pilih sy n tuan2 d atas tgjwb menyampaikan kalimah ini

aamiin


Monday, June 23, 2014

APAKAH YANG PALING MAHAL?

Bismillah,

iman sebesar zarah, dapat syurga 10kali ganda dunia. dunia maksudnya 7 petala langit dan 7 petala bumi. macamana besarnya 7 petala langit dan 7 petala bumi. kalau nak tau bayangkan sebentuk cincin diletakkan di atas padang pasir yg luas saujana mata memandang, makna saujana mata memandang sampai keufuk tak hadis2 kita masih lagi nampak pandang pasir tadi. kemudian kita pusing 360darjah. semua keliling kita hanya pandang pasir tadi. dan di tapak kaki kita sebentuk cincin tadi. hah! cincin tu umpama dunia, dan padang pasir yg luas tulah langit pertama. luas langit kedua nak dibandingkan dengan langit pertama. langit pertama pulak jadi cincin dan langit kedua pulak seperti padang pasir yg saujana mata memandang. luas langit ke3 naka dibandingkan dengan langit ke2. langit ke2 pulak jadi cincin dan langit ke3 jadi padang pasir saujana mata memandang. macam tulah luas langit k4 nak dibandingkan dgn luas langit ke4. luas langit ke5 nak dibandingkan dgn luas langit ke4. luas langit ke6 nak dibandingkan dgn luas langit ke5. luas langit ke6 nak dibandingkan dgn luas langit ke6 dan luas langit ke7 nak dibandingkan dgn luas langit ke6, langit ke6 spt sebentuk cincin diletakkan di atas padang pasir yg amat luas saujana mata memandang. cincin tulah langit ke6 dan padang pasir tulah umpama langit ke7. Subhanallah, Allahuakbar. bernilainya iman. iman yg sebesar zarah lebih berharga daripada 10x ganda dunia. itu hanya nak menggambarkan betapa besarnya nikmat iman tapi sebenarnya akal fikiran kita tak tergambar betapa hebatnya nikmat iman sebesar zarah.

zarah ada satu perkataan nak menunjukkan bahan sesuatu jirim itu tidak dapat nak dikecilkan lagi. zarah bermaksud jirim yg terkecil yg tidak boleh dikecilkan lagi. kalau satu benda yg halus itu boleh dikecilkan lagi, maka ia bukan zarah lagi. tapi zarah bermakna jirim yg tidak blh dikecilkan lagi barulah zarah namanya. maka mata kita tidak upaya untuk melihat zarah hatta electron mikroskop pun belum dpt membantu kita melihat zarah. sebab tu saintis telah habiskan rm30billion utk membina satu alat utk memecahkan jirim kepada yg paling halus lagi tetapi sehingga sy menulis belum lagi dpt menghasilkan jirim terkecil atau zarah.

tapi tuan2 yg mulia, Allah ta'ala telah beritau kita tentang zarah lebih 1435tahun dahulu dimana tiada mikroskop lagi. dan Allah Ta'ala beritau,

A007

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Az-Zalzalah 99:7)

A008
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
(Az-Zalzalah 99:8)

maka yakin 100% Allah Ta'ala pencipta, pemelihara, pemberi rezeki hanya Allah Ta'ala maka nilainya hanya Allah Ta'ala sahaja yg tahu.

persoalannya macamana nak dpt iman 100% kpd Allah Ta'ala sebagai Rab kita. jawapannya ialah hanya dgn cara suci murni Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam. mengajak manusia kepada Allah.

Inilah satu2 cara yg dpt membina dan memelihara iman kita daripada dirosakkah oleh musuh kita iaitu saytan laknatullah.

jadi marilah kita beramai2 belajar buat usaha Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam iaitu menggajak manusia kepada Allah ta'ala.

tempatnya dimasjid2 dan surau2 seluruh dunia dan utk ibu2 dirumah2 wujudkan amalan masjid nabawi iaitu dakwah, taklim-taklum, ibadat dan khidmat.

nak belajar boleh pergi ke masjid bandar baru sri petaling dekat bukit jalil









Monday, May 26, 2014

DUNIA TEMPAT UJIAN

salam,

dunia sementara
akhirat kekal selama-lamanya

senang di dunia adalah kesenangan sementara
senang di akhirat adalah kesenangan yang kekal selama-lamanya

nikmat di dunia adalah sementara
nikmat di akhirat adalah kekal selama-lamanya

semua di dunia adalah sementara
semua di akhirat adalah kekal selama-lamanya

bahagialah mereka yang medapat kesenangan di akhirat yang kekal selama-lamanya
rugilah mereka yang tidak mendapat kesenangan di akhirat

untuk dapat kesenangan yang kekal di dunia dan akhirat hanya dalam menta'ati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya dan mengikuti sunnah kekasihNya Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam

caranya ialah kita buat usaha atau kerja mengajak manusia kepada Allah dan mengamalkan keseluruhan sunnah Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam. Iaitu kita keluar dari marhalah kita selama 4 bulan, 2 bulan, 40 hari, 15 hari, 10 hari, 3 hari dan buat usaha di makami/tempatan kita iaitu, mesyuarat/fikir harian, taklim masjid/rumah, dakwah 2 jam setengah, ghast di marhalah kita dan marhalah jiran, keluar 3 hari. dan apa-apa yang disarankan oleh orang lama-lama kita.

mudah-mudahan Allah Ta'ala dengan RahimNya beri saya dan umat taufik, hidayah dan inayah untuk amal dan samapaikan.

wallahu'alam.

Friday, January 10, 2014

ALLAH MAHA KUASA MAKHLUK TA DE KUASA

Salam,

Sejak ada facebook dan wahshapp nampaknya blog ni sudah jarang saya updatedkan, Tapi pengalaman 2013 Alhamdulillah syukur sebab Allah ta'ala pilih sy untuk keluar 40 hari pada bulan April 2013. tempat keluar di markaz penanti. Ini satu kejayaan bagi saya untuk 2013.

utk 2014 sy azam nak keluar 49 harj jalan kaki dgn mahalah sy. Amin ya Allah.

Allah Maha Kuasa mahkluk tiada kuasa.

Monday, August 12, 2013

Doa Melunasi Hutang Segunung Emas


Berikut doa melunasi hutang ratusan juta bahkan sebesar gunug emas sekalipun. Doa ini saya ambil dari http://sunnahrasul.com. Supaya efeknya bisa sesuai harapan alangkah baiknya anda membaca posting disini terlebih dahulu. Silahkan baca. 

عَنْ عَائِشَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: دَخَلَ عَلَيَّ أَبُو بَكْرٍ، فَقَالَ: «هَلْ سَمِعْتِ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دُعَاءً عَلَّمَنِيهِ؟» قُلْتُ: مَا هُوَ؟ قَالَ: ” كَانَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يُعَلِّمُهُ أَصْحَابَهُ قَالَ: لَوْ كَانَ عَلَى أَحَدِكُمْ جَبَلُ ذَهَبٍ دَيْنًا، فَدَعَا اللَّهَ بِذَلِكَ لَقَضَاهُ اللَّهُ عَنْهُ: اللَّهُمَّ فَارِجَ الْهَمِّ، كَاشِفَ الْغَمِّ، مُجِيبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّينَ، رَحْمَانَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَرَحِيمَهُمَا، أَنْتَ تَرْحَمُنِي، فَارْحَمْنِي بِرَحْمَةٍ تُغْنِينِي بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سِوَاكَ “


Dari ‘A-isyah radhiyallahu ‘anha, berkata: Abu Bakar datang ke rumahku, lalu beliau berkata: “Apakah engkau telah mendengar dari Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam suatu doa yang beliau ajarkan kepadaku?” Aku (‘A-isyah) berkata: “Apa itu?” Abu Bakr berkata: “Isa bin Maryam mengajarkan shahabat-shahabatnya, beliau berkata: Kalau ada salah seorang dari kalian berhutang segunung emas, lalu berdoa kepada Allah demikian, maka niscaya dilunasi hutang itu oleh Allah darinya, yaitu: Alloohumma faarijal hammi kaasyifal ghommi mujiiba da’watil mudhthorriina rohmaanad dun-yaa wal aakhiroti wa rohiimahumaa Anta tarhamunii farhamnii bi rohmatin tughniinii bihaa ‘an rohmati man siwaak.” [al-Mustadrak lil Imam al-Hakim no. 1898, Al-Hakim menshahihkan hadits ini]

Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik bahwa Rasulullah telah mengajarkan doa kepada Mu’adz bin Jabal yang jika dibaca maka Allah akan melunasi hutang-hutangnya walau sebesar gunung sekalipun. Doa itu adalah:

اللهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ، وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ، وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ، وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ، وتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ، وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ، وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ، وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ رَحْمَنَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَرَحِيمَهُمَا، تُعْطِي مَنْ تَشَاءُ مِنْهُمَا، وتَمْنَعُ مَنْ تَشَاءُ، ارْحَمْنِي رَحْمَةً تُغْنِيني بِهَا عَنْ رَحْمَةِ مَنْ سِوَاكَ

Allohumma maalikal mulki tu-til mulka man tasyaa-u, wa tanzi’ul mulka mimman tasyaa-u, wa tu’izzu man tasyaa-u, wa tudzillu man tasyaa-u, biyadikal khaiir, innaka ‘alaa kulli syay-in qodiir, tuulijul layla fin nahaari, wa tuulijun nahaari fil layli, wa tukhrijul hayya minal mayyiti, wa tukhrijul mayyita minal hayyi, wa tarzuqu man tasyaa-u bighayri hisaab. Rohmanad dun-yaa wal aakhiroti wa rohiimahumaa, tu’thii man tasyaa-u minhumaa, wa tamna’u man tasyaa-u, irhamnii rohmatan tughniinii bihaa ‘an rohmati man siwaak.

Sunday, June 23, 2013

CARA NAK HILANGKAN JEREBU


"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.


"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;


"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

Tuesday, June 4, 2013

KEKASIH

Salam,

Hidup di dunia ni hanya sementara.

Walaupun umur kita  di dunia ni 100thn, tetapi di akhirat hanya lebih kurang 2 jam setengah aje.

Kita susahkan diri kita utk puaskan hawa nafsu dan cita2 kita di dunia, tapi lupakan kesenangan abadi di akhirat.

Utk dpt kesenangan sementara di dunia kita sanggup lakukan apa sahaja. Tapi utk dptkan kesenangan di akhirat kita langsung takde masa dan menangguh2 utk buat kebaikan atau amal soleh.

Nilah penyesalan yg bakal kita hadapi apabila kita sia2kan hidup kita hanya utk kesenangan dunia yg sementara.

Suatu penyesalan yg terlalu hebat dan tak dpt nak dibayangkan sehingga peyesalan kita di akhirat akan menyebabkan kita menangis, menangis sehingga habis airmata, airmata darah pula akan keluar.

Kehidupan ini hanyalah tipu daya dan senda gurau. Jadi, janganlah kita tertipu dan janganlah kita leka dek senda gurau.

Maut pasti dtg dan kita skrg sedang menanti bilakah giliran kita.

Kehidupan selepas maut adalah kehidupan yg sebenar. Segala amal perbuatan kita akan dihitung. Seorg yg makan sebiji kurma, setiap serat dari buah kurma itu akan ditanya.

Masa tu kitalah org yg sangat memerlukan amal soleh utk terlepas dari azab Allah subhawata'ala.

Cukupkah amal soleh kita utk terlepas dari hisab yg begitu teliti/detail?

LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTUM MINAZALIMIN

"Tidak ada tuhan melainkan Engkau (Wahai Allah), Maha Suci Engkau, Sungguh aku telah menzalimin diriku dengan kezaliman banyak"

Marilah kita mengaku, kita banyak buat dosa kepada Allah, Rab yang Maha Mengasihani.

Marilah kita pulang kepada Allah dengan taubat dan penyerahan diri kita yg daif ni.

Marilah kita bertaubat atas kezaliman yg telah kita lakukan.

Kezaliman yg mendahulukan hawa nafsu kita daripada melaksanakan kehendak Allah subhanawata'ala.

Apakah kezaliman yg paling besar?

Iaitu kezaliman meninggalkan maksud kita diciptakan oleh Allah subhanawata'ala.

Iaitu kezaliman meninggalkan usaha agama/dakwah.

Satu kezaliman yg Allah subhanawata'ala tidak akan ampunkan.

Kita rasa berdosa bila kita tinggalkan solat. Kita rasa berdosa bila kita tinggalkan puasa ramadhan. Tapi kita tidak rasa berdosa apabila kita tinggalkan dakwah. Sedangkan dakwahlah satu amal yg akan menguatkan iman kita utk meta'ati segala perintah Allah subhanawata'ala, meninggalkan laranganNya dan menghidupkan kehidupan suci-murni Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam dalam kehidupan kita.

Meninggalkan usaha dakwah adalah satu kezaliman yg menyebabkan kita hidup hina di dunia dan di akhirat.

Hanya dengan taubat nasuha/dengan azam tidak akan tinggalkan usaha dakwah sahaja akan menyelamatkan kita dari kedashyatan kehidupan selepas maut yg tidak ada penghujungnya.

Marilah kita gunakan sisa usia kita utk usahakan agama Allah dengan menghidupkan masjid2 di seluruh dunia dan rumah2 kita dengan amalan dakwah, taklim-taklum, ibadat dan khidmat dan sediakan setiap diri dari umat ini utk usaha agama Allah subhanawata'ala.

Apabila kita bangun buat uasaha dakwah, Allah subhanawata'ala akan ampunkan dosa kita dan Allah subhanawata'ala akan kasih kepada kita.

Usaha dakwah inilah adalah kerja seluruh para ambiya' alaihisalamtuwassalam dan kerja Nabi kita yang Mulia Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam, penutup segala nabi.

Tidak ada lagi nabi selepas Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam.

Oleh itu, kerja dakwah-iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah subhanawata'ala telah menjadi kefarduan kepada setiap umat Nabi Muhammad salallahu'alaihiwasalam yg beriman. Samada kita sedar atau tak, dakwah adalah matlamat kita dipilih utk menjadi umat Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam.

Hatta Nabi Isa alaihisalam pun akan turun dan akan ikut syariat Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam dan akan meneruskan kerja dakwah.

Jadi ayuhlah kita bertaubat dan bangun utk buat dakwah.

Mudah2an dengan kerahiman dan kasihsayang Allah dan Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam kita mendapat keselamatan dan kejayaan di dunia dan akhirat.

Mudah2an Allah subhanawata'ala akan bangkitkan kita bersama Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam dan para sahabat radiallahu'anhum di akhirat nanti. In sha Allah.

"Ya Allah! Ampunlah kami umat kekasihMu yang alpa. Pilihlah kami untuk usaha agamaMu, Ya Allah. Amin!"





Saturday, April 6, 2013

PENTING UNTUK DAKWAHKAN KEBESARAN ALLAH SUPAYA DAPAT KENAL ALLAH TA'ALA

"Selagi pengeluar perintah tidak dikenali selagi itu kebesaran perintah tidak ada dalam hati"-Maulana Tariq Jamil

Sunday, November 4, 2012

Maksud takwa

Maksud Firman Allah : "Alif, Lam, Mim. Al-Qur’an adalah sebuah kitab yang tidak diragui, sebagai hidayah kepada orang yang bertaqwa." (surah Al-Baqarah : ayat 1-2)
Dalam ayat ini Allah dengan terang menjelaskan bahawa Al Quran yang diturunkan ini adalah merupakan panduan kepada hamba2nya yang bertakwa kepadaNya. Siapakah orang yang bertakwa itu? Menurut Ibn Abbas orang yang bertakwa itu ialah seorang muslimyang meninggalkan syirik kepada Allah dan melakukan amal ketaatan kepada Allah semata. Maknanya melakukan semua yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang dilarang Allah. 

Selain itu pernah suatu hari seorang sahabat ditanya tentang maksud takwa itu maka dijawabnya, "takwa itu adalah umpama kamu sedang melalui satu jalan yang penuh duri, maka kamu akan berhati2 dalam melaluinya agar tidak tertusuk duri dan tercedera". 
Begitulah kita dalam melalui hidup kita sehari2, perlu sentiasa berhati2 agar tidak melakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah terhadap amal perbuatan kita. 
Maksud Firman Allah : "(Orang yang bertakwa itu) Mereka yang beriman kepada perkara yang ghaib, mendirikan solat dan membelanjakan sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepada mereka. Mereka beriman kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepada engkau (Muhammad) dan kitab-kitab yang terdahulu sebelum engkau serta yakin akan hari akhirat. Mereka itulah yang mendapat hidayah Allah dan beroleh kejayaan." (Surah Al-Baqarah, Ayat 3-5) 

Di sini juga Allah ada menerangkan lagi tentang kriteria yang ada pada mereka yang bertakwa ini iaitu mereka ini beriman kepada perkara ghaib dan sebagaimana yang kita maklum, apa yang dinamakan beriman itu adalah kita percaya dalam hati, membenarkan dengan lisan (lidah) kita dan mengamalkan dengan anggota badan kita. Itulah namanya beriman. Dan antara kriteria orang yang beriman jugak adalah timbulnya dalam hati mereka perasaan takutkan Allah. 

Selain itu, mereka yang bertakwa adalah mereka yang mendirikan solat. Solat ini merupakan tiang agama dan merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima dan mereka yang bertakwa sahaja yang dapat melaksanakan solat mereka dengan sempurna keranadari solat inilah dapat mencegah seseorang itu dari perbuatan keji dan mungkar. Menurut Ibn Abbas, mendirikan solat adalah "menyempurnakan ruku’ dan sujud serta bacaan yang khusyuk", sementara menurut Ibn Qatadah pula, mendirikan solat itu ialah "menjaga waktunya, wudhuknya, rukuk dan sujudnya" dan maksud asal solat itu dalam bahasa arabnya ialah doa. Jadi sewaktu kita solat adalah seolah-olah kita sedang berdoa kepada Allah. Dalam surah Fatihah sendiri terdapat ayat2 yang merupakan doa kita kepada Allah SWT. 

Orang yang bertakwa jugak ialah mereka yang membelanjakan rezeki yang mereka peroleh pada jalan Allah SWT dan mereka yang paling layak menerima pemberian dari wang yang kita ada itu adalah ahli keluarga dan kerabat kita yang dalam keadaanmemerlukan bantuan. Seterusnya anak2 yatim, fakir miskin dan sebagainya. Mereka tidak merasa rugi dari apa yang mereka keluarkan kerana mereka yakin apa yang mereka belanjakan itu akan dibalas oleh Allah samada di dunia ataupun di akhirat. 
Moga Allah akan sentiasa membantu kita dan menggolongkan kita antara hamba yang bertakwa kepadanya. InsyaAllah.

Wednesday, October 3, 2012

KESEDIHAN NABI SALALLAHU'ALAIHIWASSALAM


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada Nabi saw pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

 

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dibesarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

 

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam." 

 

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian diteruskan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan bahangnya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

 

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan."

 

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" 

 

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)

 

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" 

 

Jawab Jibril:

 

"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun, namanya Al-Hawiyah.

 

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

 

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

 

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

 

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

 

Pintu ke enam tempat orang nashara bernama Sa'eir."

 

Kemudian Jibril diam, segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" 

 

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

 

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" 

 

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

 

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibril juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

 

(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yang Lalai")

 

 

 

 

Monday, September 24, 2012

KETETAPAN UNTUK MENDAPAT BANTUAN ALLAH TA'ALA

kejayaan jin dan manusia dalam agama, sejauhmana dia dapat menta'ati perintah Allah subhanawata'ala dan ittibak (mengikuti)  kehidupan suci murni Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam.....inilah sistem (kaedah) yang Allah subhanawata'ala tetapkan sejak azali lagi...sejauhmana dia dapat menta'ati perintah Allah subhanawata'ala dan ittibak kehidupan suci murni Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam, sejauh itulah bantuan Allah subhanawata'ala kepada kita...

dan sebaliknya kegagalan untuk mendapat nusrah Allah ta'ala ialah kegagalan kita untuk menta'ati perintah Allah subhanawata'ala dan ittibak kehidupan suci murni Nabi Muhammad salallahu'alaihiwassalam.

wallahu'alam...

Wednesday, September 5, 2012

Monday, September 3, 2012

AL-QURAN DALAM PC

Salam,



Utk baca al-quran dlm pc sila download dari  http://www.datafilehost.com/download-eae6117d.html

Mudah2an bermanafaat.

wallahu'alam.